Apa Beza Link Affiliate Biasa Dengan Link Affiliate VIP?

Apa perbezaan link affiliate biasa dengan link affiliate VIP?

Tiada beza, link register itu sama sahaja.

Yang membezakan affiliate biasa dengan VIP adalah kerana VIP mendapat landing page. Sebalinya affiliate biasa tak dapat.

Berikut beza antara link affiliate biasa dengan link landing page:

Link Register Biasa:

Kelebihan:

  • Dapat percuma sebaik saja menjadi affiliate
  • Mudah digunakan, hanya copy & share
  • Semua yang register akan terus berada dalam rangkaian anda

Kekurangan:

  • Tidak selamat, link itu boleh diubah jadi link orang lain dengan hanya tukar no. id.
  • Tiada jaminan orang yang register masuk dalam rangkaian anda atas sebab tertentu. Baca info di sini.
  • Syarikat tidak bertanggungjawab jika orang itu tidak masuk dalam kumpulan/tier anda (kecuali anda ahli VIP).
  • Orang yang register hanya jadi ahli, bukan affiliate. Bermaksud mereka belum berada dalam tier anda.
  • Anda perlu ajar ahli baru tukar jadi affiliate secara manual

Link Landing Page

Kelebihan:

  • Link itu tidak boleh diubah jadi link orang lain. Ia khas untuk anda
  • Semua yang register menerusi landing page anda, akan masuk dalam rangkaian anda
  • Lebih selamat & terjamin (kecuali ada masalah tertentu dari browser pengguna)
  • Semua yang register automatik menjadi affiliate
  • Landing page mempunyai penerangan tentang peluang affiliate yang jelas
  • Menggunakan funnel & proses step by step untuk bantu ahli yang register faham tentang bisnes Azadel
  • Mempunyai sistem pemasaran email yang akan membantu anda follow-up ahli secara automatik

Kekurangan:

  • Hanya untuk VIP sahaja

Jika anda serius untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam Azadel dan ingin berjaya dengan pantas, maka jadilah ahli VIP kerana sangat banyak kelebihan yang boleh anda perolehi sebagai seorang ahli VIP. Jadi VIP di sini.

Tiada Nama Ahli Dalam Tier Yang Berdaftar Dengan Anda?

Apabila seseorang berdaftar dalam Azadel melalui link anda, mereka akan masuk secara automatik dalam kumpulan anda.

Namun apabila anda lihat dalam senarai tier, tiada nama mereka dalam kumpulan anda. Apakah yang berlaku?

Terdapat 2 kemungkinan:

  1. Mereka belum daftar sebagai affiliate
  2. Mereka tidak direkodkan dalam kumpulan anda

Jika mereka belum jadi affiliate maka mereka memang tidak akan keluar dalam senarai tier kumpulan anda. Hanya affiliate yang akan disenaraikan di dalam tier. Ini anda tidak perlu risau kerana apabila mereka menjadi affiliate, maka mereka akan dimasukkan ke dalam tier anda secara automatik.

Namun untuk kes kedua, jika mereka tidak direkodkan dalam rangkaian anda, maka mereka tidak akan berada dalam tier affiliate anda walaupun sudah menjadi affiliate. Untuk kes ini anda perlu hubungi kami untuk bantu masukkan mereka ke dalam kumpulan anda secara manual.

Baca lebih lanjut di sini.

 

Tak Dapat Komisen Apabila Orang Daftar / Beli Dari Link Anda?

Dalam beberapa keadaan, berlaku situasi di mana sistem tidak dapat merekod siapa yang berdaftar di bawah anda.

Situasi ini berlaku dalam beberapa keadaan:

  • Salah berikan link affiliate
  • Link affiliate terbatal disebabkan app/extension tertentu
  • Hp atau pc mereka tidak menyimpan cookies

Jika perkara ini berlaku, maka orang yang daftar dari link anda tidak akan direkodkan sebagai team atau pelanggan anda. Dengan itu, tiada komisen diberikan.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan ini kerana ia diluar bidang kuasa kami untuk menguruskannya memandangkan setiap orang menggunakan browser yang berbeza-beza.

Walau bagaimanapun, jika anda tahu sesiapa yang berdaftar dengan anda atau membeli dari link anda tetapi anda tidak mendapat komisen atau mereka tidak dimasukkan dalam rangkaian anda, maka anda boleh hubungi kami untuk masukkannya secara manual. Bantuan ini hanya diberikan kepada ahli VIP sahaja.

Untuk kes seperti ini, kami hanya akan berikan 2 manfaat:

  • Komisen atas jualan produk
  • Tier dalam kumpulan anda

Komisen pendaftaran ahli RM0.10 tidak akan diberikan kerana ini hadiah yang kami berikan untuk pendaftaran yang berjaya menggunakan sistem sahaja.

Untuk mengelakkan masalah seperti di atas, anda digalakkan menggunakan landing page untuk invite ahli baru daftar. Bagaimanapun, hanya ahli VIP sahaja yang mempunyai landing page. Ahli biasa tiada landing page.

Sebarang pertanyaan & perbincangan lanjut boleh hubungi kami untuk bantuan (khas untuk ahli VIP sahaja).

Adakah Anda Patut Jadikan Semua Orang Affiliate?

Jawapannya Ya, jika anda Affiliate Plus. Tetapi jika anda hanya Affiliate biasa, maka anda tidak perlu ajak mereka jadi Affiliate lagi.

Ini kerana Affiliate biasa tidak mendapat sebarang komisen (bonus) dari Affiliate di bawahnya. Hanya Affiliate Plus ke atas akan dapat komisen dari Affiliate di bawah mereka.

Bagi anda yang belum menjadi Affiliate Plus, maka cara terbaik adalah invite atau jual produk seperti biasa sahaja. Kerana dengan itu anda akan mendapat komisen dari pembelian mereka.

Setelah komisen terkumpul anda mencapai RM50, maka dengan itu anda akan menjadi Affiliate Plus secara automatik.

Syarat menjadi Affiliate Plus adalah dengan mendapatkan komisen terkumpul sebanyak RM50.

Selain itu anda juga boleh jadi Affiliate Plus dengan pantas jika anda menyertai ahli VIP.

Klik di sini untuk baca lebih lanjut tentang VIP.

Berapakah Umur Minima Untuk Join Azadel?

Bermula dari 12 tahun ke atas boleh register Azadel. Namun hanya mereka yang berusia 18 tahun & ke atas layak menjadi Affiliate dan menjalankan bisnes. Ini adalah standard umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Bagaimana Affiliate Menjana Komisen?

Ini adalah fahaman asas yang perlu setiap affiliate fahami.

Kenalpasti dahulu 4 pendapatan yang anda boleh jana dari Azadel.

  1. RM0.10 anda akan dapat apabila berjaya membawa ahli baru berdaftar (Pay Per Lead)
  2. Cashback – Ini adalah pulangan wang yang anda dapat apabila belanja dalam Azadel.
  3. Komisen – Ini adalah wang yang akan anda dapat apabila berjaya menjual produk kepada orang lain.
  4. Bonus – Ini adalah bonus tier (level) dari affiliate di bawah anda samada mereka membeli atau menjual.

Dalam Azadel terdapat 3 pengguna berbeza:

  • Pembeli yang tidak berdaftar
  • Pembeli yang berdaftar
  • Pembeli yang menjadi affiliate

Berikut adalah keterangan mengikut situasi:

  • Pelanggan tidak perdaftar, tidak mendapat cashback.
  • Pelanggan berdaftar juga tidak mendapat cashback.
  • Hanya pelanggan yang menjadi Affiliate akan mendapat cashback.
  • Affiliate yang berjaya jual kepada pelanggan tidak berdaftar akan mendapat komisen.
  • Affiliate yang berjaya jual kepada pelanggan berdaftar juga mendapat komisen.
  • Affiliate biasa yang mempunyai Affiliate di bawahnya tidak mendapat komisen dari pembelian atau jualan affiliate di bawahnya.
  • Hanya Affiliate Plus ke atas akan mendapat komisen (yang dipanggil bonus) dari Affiliate di bawah mereka.

Sila rujuk jadual di bawah untuk memahami pelan komisen Azadel.

Jumlah cashback dan komisen adalah bergantung kepada % dari harga produk. Setiap produk mempunyai jumlah % yang berbeza mengikut kelas masing-masing.

Jumlah Bonus adalah % dari berapa pendapatan Affiliate di bawah anda. Jika Affiliate itu mendapat RM100, dan % bonus anda ialah 40%, maka anda akan dapat RM40. Wang itu diberikan oleh syarikat kepada anda. Bukan diambil dari Affiliate tersebut.

Kelas Live Buat Duit RM100 Sehari Dengan Affiliate

Ini adalah kelas pertama yang diadakan setelah web Azadel dibuka pada 10/4/2021.

Kepada semua Affiliate, boleh mula belajar dan faham tentang bisnes Affiliate Azadel.

Kelas ini hanya untuk ahli sahaja.

Boleh join kelas melalui Zoom atau FB Ads:

 

Senarai Support Untuk Para Affiliate

Setelah menjadi Affiliate Azadel, pastikan anda menyertai semua media support yang kami sediakan supaya anda sentiasa mendapat info dan update terkini dari kami.

Join dan follow kami: