Tahniah buat anda yang telah menjadi ahli VIP Azadel.

Bagi yang belum menjadi ahli VIP, jangan lepaskan peluang untuk turut sama mendapat kelebihan ini untuk meningkatkan kejayaan anda dalam Azadel. Join VIP Club di sini.

Landing Page Baru

Bagi semua ahli VIP, anda akan mendapat landing page baru untuk mempromosikan produk digital baru di Azadel iaitu program My Freedom Project.

Dengan landing page ini, anda boleh terus promosikan program My Freedom Project tanpa perlu invite prospek menjadi ahli atau affiliate dalam Azadel terlebih dahulu.

Bermaksud anda akan mendapat komisen terus apabila seseorang menyertai program My Freedom Project.

Manakala pelanggan yang join program My Freedom Project pula akan dapat kelebihan-kelebihan berikut:

  • Video tutorial penuh My Freedom Project
  • Terus menjadi ahli & affiliate Azadel
  • Automatik jadi Affiliate Plus
  • Dapat menyertai ahli VIP Club Azadel

Program My Freedom Project adalah program berpanjangan yang akan berlangsung bersama kelas-kelas VIP Azadel.

Bilakah Ahli VIP Akan Dapat Landing Page Tersebut?

Jualan program My Freedom Project akan bermula pada 25 Ogos ini. Maka para VIP juga akan terima landing page tersebut pada tarikh yang sama.

Para pelanggan yang menyertai program My Freedom Project akan dapat semua akses seperti mana ahli VIP yang lain, namun kelas penuh My Freedom Project akan berlangsung pada 4 September 2021 iaitu dalam kelas bulanan VIP Azadel.

Selepas tamat kelas barulah video tutorial akan diberikan kepada semua yang sertai My Freedom Project dan para VIP.

Semoga ramai yang mendapat manfaat dari program ini.

Terima kasih.

Admin Azadel.

Terdapat 3 status komisen yang perlu anda faham:

  • Verify
  • Unverified
  • Refuse

Verify – Bermaksud komisen anda sudah disahkan. Ia akan dibayar/transfer ke akaun bank anda apabila tiba masanya.

Unverified – Anda ada menerima komisen tetapi belum disahkan kerana bayaran belum diterima atau produk belum diterima oleh pelanggan.

Refuse – Komisen anda dibatalkan kerana pelanggan tidak buat bayaran, pelanggan minta refund atau apa-apa sebab yang menyebabkan tempahan pelanggan itu tidak sah dan ditarik balik.

Apabila anda membeli atau ada seseorang membeli produk melalui link anda atau mereka ahli dalam kumpulan anda, maka ada akan menerima email New Commission.

  • Jika anda membeli, itu adalah cashback
  • Jika orang lain beli dari link anda, itu adalah komisen
  • Jika ahli atau afiliate di bawah anda yang membeli, itu adalah bonus

Semuanya itu menandakan anda mendapat komisen dari Azadel kerana sesuatu jualan sudah berlaku.

Anda akan nampak jumlah komisen ada dinyatakan dalam email.

Tetapi apabila anda pergi ke Affiliate Dashboard, tiada apa yang berubah pada Earning anda. Seolah-olah tiada komisen yang masuk kerana nilai tidak bertambah.

Ini berlaku kerana komisen itu masih belum verify (disahkan). Ia berstatus Unverified (belum sah).

Terdapat beberapa sebab ia belum verify:

  1. Kami terima tempahan, tetapi belum terima bayaran dari pembeli.
  2. Bayaran sudah diterima dan produk dalam proses penghantaran.

Selepas bayaran diterima dan produk diterima oleh pelanggan, barulah tempahan itu akan ditukar status kepada complete (selesai).

Setelah status complete, barulah komisen itu akan ditambah pada earning dalam Affiliate Dashboard anda.

Bagaimanapun ada beberapa produk yang terus complete setelah pelanggan membuat bayaran. Antaranya ialah:

  • Produk digital (yang pelanggan boleh terus download atau akses ke halaman produk)
  • Produk VIP (terus complete walaupun barang belum pos kerana pembeli VIP akan terus dinaikkan menjadi Affiliate Plus)
  • Produk pos percuma (sesetengah produk yang diberi pos percuma juga akan set terus complete selepas tempahan)

 

Terdapat 2 email New Commission dengan jumlah amount-nya RM0.00 iaitu:

  1. AZADEL New Commission (Tier)
  2. AZADEL New Commission (Shop)

Apa yang berbeza ialah dalam kurungan itu samada komisen itu datang dari ‘Tier’ atau ‘Shop’.

  • Tier bermaksud komisen dari ahli2 di bawah rangkaian anda.
  • Shop bermaksud komisen dari jualan produk-produk dalam kumpulan anda.

Kenapa jumlahnya kosong?

Jawapannya ada beberapa sebab:

  1. Ada ahli baru daftar di bawah rangkaian anda pada tier (aras) kedua atau ketiga. Anda tidak mendapat komisen kerana level anda hanya Affiliate biasa. Hanya Affiliate Plus dan ke atas yang akan dapat komsien tier.
  2. Ada ahli baru membeli dalam rangkaian anda. Tetapi anda tidak mendapat komisen kerana mereka telah menjadi Affiliate di bawah anda. Anda hanya akan mendapat komisen dari Affiliate di bawah anda jika anda seorang Affiliate Plus.
  3. Anda sudah jadi Affiliate Plus, tetapi tetap dapat komisen RM0.00, ini bermaksud komisen itu datang dari tier ketiga di bawah anda. Sebagai Affiliate Plus, anda hanya dapat komisen dari tier pertama dan kedua sahaja. Untuk tier ketiga, anda perlu menjadi Affiliate Premium.

 

Sila rujuk jadual di bawah untuk melihat pelan komisen Azadel:

Jawapan ringkasnya adalah, tak boleh.

Azadel menggunakan konsep Affiliate, ia berbeza dengan dropship.

Jika menjadi dropship, anda perlu menjual sendiri produk tersebut walaupun tak pegang stok produk. Pelanggan perlu bayar kepada anda, bukan bayar supplier. Selepas menerima bayaran dari pelanggan, anda akan membeli produk dari supplier, kemudian supplier akan pos kepada pelanggan.

Konsep affiliate pula terbalik. Anda tidak jual produk tersebut. Anda tak terima bayaran daripada pelanggan. Anda hanya kongsikan link untuk mereka membeli produk sahaja. Pelanggan akan membeli terus dalam website dan bayar kepada pihak syarikat. Sistem akan merekod komisen anda hasil dari jualan tersebut kerana anda yang share link itu kepada pelanggan.

Maka dengan konsep ini, anda tidak boleh ambil produk-produk itu untuk menjual di Shopee, Lazada dan sebagainya. Sebaliknya hanya kongsi link halaman jualan produk dan pelanggan perlu membeli dalam website tersebut.

Ini penting untuk pastikan sistem berfungsi.

Dalam sistem affiliate, anda akan rugi jika jual sendiri. Ini kerana anda perlu buat banyak kerja dan tidak dapat jana pendapatan pasif. 

Jika pelanggan membeli di website dari link affiliate anda, mereka akan masuk ke dalam database kami. Dengan itu kami dapat follow-up mereka dari masa ke semasa. Dengan sistem follow-up itu, pelanggan tersebut akan membeli dan terus membeli. Di sinilah anda untung. Kerana setiap kali pelanggan itu membeli, anda akan dapat komisen automatik. Komisen ini dibayar lifetime atau selama 100 tahun selagi pelanggan itu membeli. Di sinilah anda dapat jana pendapatan pasif.

Namun jika anda jual sendiri, maka anda akan terlepas peluang ini. Kerana itu kami tidak benarkan affiliate jual sendiri produk di mana-mana tempat lain kecuali share link produk dan biarkan jualan itu berlaku di website Azadel.

Bagaimanapun, dalam Azadel terdapat beberapa vendor yang mana produk mereka sememangnya sudah berada di pasaran. Itu adalah hak mereka sendiri untuk jual produk di luar kerana mereka adalah seorang vendor yang membekalkan produk kepada Azadel. Bukan sekadar affiliate.

Sebelum terangkan panjang lebar tentang perbezaannya, fahami dahulu apa itu Affiliate Plus & VIP.

  • Affiliate Plus adalah ‘Pangkat’ dalam Azadel. Selain Affiliate Plus, ada lagi pangkat-pangkat lain yang lebih tinggi iaitu Affiliate Premium, Affiliate Premium Plus & Super Affiliate. Ini semua adalah Pangkat/Rank.
  • Affiliate VIP pula ialah ‘layanan istimewa’. VIP = Very Important Person. Maksudnya orang-orang penting yang mendapat hak eksklusif & layanan istimewa dalam Azadel. Ia diberi nama sebagai Affiliate VIP Club (AVC).

Pangkat/Rank boleh dicapai dengan prestasi tertentu iaitu dengan mengumpul jumlah pendapatan (samada dari cashback, komisen & bonus).

Untuk menyertai kelab VIP, anda perlu membeli set produk-produk khas VIP. Hanya sekali beli sahaja, keahlian itu kekal selamanya. Menjadi VIP adalah pilihan, bukan satu syarat untuk layak menjalankan bisnes Azadel. Ia umpama anda membeli tiket Business Class untuk penerbangan. Supaya lebih selesa & mendapat layanan istimewa. Mahu atau tidak, pilihan masing-masing.

Jadi Apa Perbezaan Antara Affiliate Plus Dengan VIP?

Jawapannya tiada beza kerana ia adalah 2 perkara yang berasingan. Antara pangkat dengan layanan khas.

Samada anda kekal sebagai ahli biasa atau menjadi ahli VIP, anda tetap boleh naik pangkat ke Affiliate Plus dan lain-lain pangkat yang lebih tinggi.

Yang Ada Ialah ‘Apa Kelebihan Menjadi VIP’?

Ya! Yang perlu anda faham ialah apa kelebihan yang anda dapat jika join Azadel VIP Club!

Berikut disenaraikan kelebihan menjadi seorang VIP:

  1. Dapatkan starter kit produk Azadel
    • Kami menyediakan pakej produk khas untuk menjadi VIP sebagai starter kit. Anda boleh cuba sendiri produk-produk dari Azadel dan jadikan sebagai bahan-bahan untuk review & testimoni untuk invite orang ramai menyertai rangkaian anda.
  2. Cashback sehingga RM100
    • Pekej Produk VIP didatangkan dengan jumlah cashback yang tinggi bermula dari RM50 hingga RM100. Cashback biasa makasima 20%. Tetapi produk VIP anda mendapat cashback sehingga hampir 40%.
  3. Automatik menjadi Affiliate Plus
    • Dengan cashback RM50 paling minima, anda sudah layak menjadi Affiliate Plus.
  4. Support khas
    • Anda akan mendapat support khas dengan menyertai group VIP dan bantuan istimewa dari team Azadel
  5. Layak withdraw
    • Minima bayaran kepada affiliate adalah RM50, dengan jadi VIP anda terus layak menerima bayaran.
  6. Landing page
    • Ini adalah senjata penting untuk anda gunakan dalam membina rangkaian affiliate anda. Hanya VIP mendapat landing page.
  7. Sistem auto follow-up
    • Sistem ini akan membantu anda melahirkan lebih ramai VIP di bawah rangkaian anda. Dengan itu rangkaian anda akan berkembang pesat.
  8. Kelas marketing khas
    • Anda dapat menyertai kelas markerting & strategi khas dari founder Azadel sendiri setiap bulan.

Join kelas VIP hari ini dan tingkatkan kejayaan anda!

Dapatkan Produk VIP Di Sini

 

 

Apa perbezaan link affiliate biasa dengan link affiliate VIP?

Tiada beza, link register itu sama sahaja.

Yang membezakan affiliate biasa dengan VIP adalah kerana VIP mendapat landing page. Sebalinya affiliate biasa tak dapat.

Berikut beza antara link affiliate biasa dengan link landing page:

Link Register Biasa:

Kelebihan:

  • Dapat percuma sebaik saja menjadi affiliate
  • Mudah digunakan, hanya copy & share
  • Semua yang register akan terus berada dalam rangkaian anda

Kekurangan:

  • Tidak selamat, link itu boleh diubah jadi link orang lain dengan hanya tukar no. id.
  • Tiada jaminan orang yang register masuk dalam rangkaian anda atas sebab tertentu. Baca info di sini.
  • Syarikat tidak bertanggungjawab jika orang itu tidak masuk dalam kumpulan/tier anda (kecuali anda ahli VIP).
  • Orang yang register hanya jadi ahli, bukan affiliate. Bermaksud mereka belum berada dalam tier anda.
  • Anda perlu ajar ahli baru tukar jadi affiliate secara manual

Link Landing Page

Kelebihan:

  • Link itu tidak boleh diubah jadi link orang lain. Ia khas untuk anda
  • Semua yang register menerusi landing page anda, akan masuk dalam rangkaian anda
  • Lebih selamat & terjamin (kecuali ada masalah tertentu dari browser pengguna)
  • Semua yang register automatik menjadi affiliate
  • Landing page mempunyai penerangan tentang peluang affiliate yang jelas
  • Menggunakan funnel & proses step by step untuk bantu ahli yang register faham tentang bisnes Azadel
  • Mempunyai sistem pemasaran email yang akan membantu anda follow-up ahli secara automatik

Kekurangan:

  • Hanya untuk VIP sahaja

Jika anda serius untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam Azadel dan ingin berjaya dengan pantas, maka jadilah ahli VIP kerana sangat banyak kelebihan yang boleh anda perolehi sebagai seorang ahli VIP. Jadi VIP di sini.

Apabila seseorang berdaftar dalam Azadel melalui link anda, mereka akan masuk secara automatik dalam kumpulan anda.

Namun apabila anda lihat dalam senarai tier, tiada nama mereka dalam kumpulan anda. Apakah yang berlaku?

Terdapat 2 kemungkinan:

  1. Mereka belum daftar sebagai affiliate
  2. Mereka tidak direkodkan dalam kumpulan anda

Jika mereka belum jadi affiliate maka mereka memang tidak akan keluar dalam senarai tier kumpulan anda. Hanya affiliate yang akan disenaraikan di dalam tier. Ini anda tidak perlu risau kerana apabila mereka menjadi affiliate, maka mereka akan dimasukkan ke dalam tier anda secara automatik.

Namun untuk kes kedua, jika mereka tidak direkodkan dalam rangkaian anda, maka mereka tidak akan berada dalam tier affiliate anda walaupun sudah menjadi affiliate. Untuk kes ini anda perlu hubungi kami untuk bantu masukkan mereka ke dalam kumpulan anda secara manual.

Baca lebih lanjut di sini.

 

Jawapannya Ya, jika anda Affiliate Plus. Tetapi jika anda hanya Affiliate biasa, maka anda tidak perlu ajak mereka jadi Affiliate lagi.

Ini kerana Affiliate biasa tidak mendapat sebarang komisen (bonus) dari Affiliate di bawahnya. Hanya Affiliate Plus ke atas akan dapat komisen dari Affiliate di bawah mereka.

Bagi anda yang belum menjadi Affiliate Plus, maka cara terbaik adalah invite atau jual produk seperti biasa sahaja. Kerana dengan itu anda akan mendapat komisen dari pembelian mereka.

Setelah komisen terkumpul anda mencapai RM50, maka dengan itu anda akan menjadi Affiliate Plus secara automatik.

Syarat menjadi Affiliate Plus adalah dengan mendapatkan komisen terkumpul sebanyak RM50.

Selain itu anda juga boleh jadi Affiliate Plus dengan pantas jika anda menyertai ahli VIP.

Klik di sini untuk baca lebih lanjut tentang VIP.

Bermula dari 12 tahun ke atas boleh register Azadel. Namun hanya mereka yang berusia 18 tahun & ke atas layak menjadi Affiliate dan menjalankan bisnes. Ini adalah standard umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.