Tutorial Blueprint YouTube Money Machine
Oops, Kandungan Disekat!
Anda belum membeli produk ini. Sila klik di bawah untuk membuat tempahan:
Tutorial Buat Duit USD dengan Adobe Stock
Oops, Kandungan Disekat!
Anda belum membeli produk ini. Sila klik di bawah untuk membuat tempahan:
Azadel Affiliate Booster Bermula

Azadel Affiliate Booster
- Bermula 17 Feb 2023 sehingga 1 Mei 2023
- Override Plan Asal
- Berikan komisen yang lebih tinggi
- Menarik minat Affiliate baru
- Pelancaran program/produk baru
- Sebagai Booster
- Khas untuk ahli VIP sahaja
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini dalam hebahan email dan group-group media sosial Azadel, kami akan melancarkan program Azadel Affiliate Booster.
Program ini bertujuan memberikan Booster kepada para Affiliate untuk jana komisen lebih tinggi.
Sepanjang program ini berlangsung, plan komisen asal akan dimansuhkan sementara dan menggunakan plan Booster.
Berikut diberikan perbandingan plan asal dan Booster.
| Plan Asal | Booster | Keterangan |
| 3 tier commission | Direct Commission | Anda hanya dapat komisen dari orang yang klik link dan register di bawah anda. Tiada komisen tier 1, 2 dan 3. Namun mereka semua masih berada di bawah anda. Cuma komisen adalah kosong ketika program Booster berjalan. |
| Cashback | No cashback | Tiada cashback atas pembelian sendiri. |
| Commission max 20% | Commission max 50% | Anda akan dapat komisen sehingga 50% atas setiap jualan produk tertentu. |
| Commission base on rank | No rank commission | Semua orang mendapat komisen yang sama tanpa mengira pangkat. |
| Commission VIP product: RM50 | Commission VIP product: ±RM100 | Komisen produk VIP dinaikkan sehingga RM100. |
Jika anda belum menjadi affiliate, boleh upgrade di sini.
Untuk affiliate, sebarang pertanyaan boleh diajukan di Telegram VIP.
Terima kasih atas sokongan anda.
Kelas VIP September – My Freedom Project – The Final
Alhamdulillah… Pada bulan awal bulan Ogos 2021, Tuan Wan Muhd Ali telah berkongsi tentang blueprint program My Freedom Project kepada ahli VIP Azadel.
Walau bagaimanapun, kelas separuh hari itu tidak cukup untuk habiskan keseluruhan ilmu tentang My Freedom Project.
Oleh itu kelas My Freedom Project akan bersambung pada bulan September nanti.
Berikut adalah maklumat & tarikh program. Sila rujuk poster di bawah:

Terima kasih.
Admin Azadel.
Azadel Akan Melancarkan Azademy Bermula September 2021
Setelah 4 bulan berada dipasaran, kini Azadel akan melangkah ke depan lagi dengan melancarkan Azademy.
Azademy ialah satu kategori bisnes baru dalam Azadel iaitu dalam bidang latihan, konsultansi & pendidikan.
Azademy menawarkan kelas-kelas online dalam bidang:
- Kemahiran
- Perniagaan
- Kesihatan (fitness)
- Pendidikan atas talian (tuisyen)
- Dan berbagai program dari jurulatih yang berpengalaman
Dengan situasi pendemik yang melanda negara saat ini, pembelajaran online amat diperlukan bagi meningkatkan ilmu dalam berbagai bidang di kalangan masyarakat.
Justeru itu, pelancaran Azademy ini amat sesuai dengan keperluan negara saat ini.
Azademy akan menjadi patform pembelajaran online yang akan memberikan manfaat kepada berbagai lapisan masyarakat dari peringkat sekolah rendah sehingga mereka yang sudah bekerja.
Kepada para Affiliate Azadel, anda akan mendapat cashback untuk setiap kelas yang anda sertai dan menerima komisen atas setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
Nantikan pelancaran Azademy pada September 2021 nanti.
Admin Azadel.
Apa Maksud Komisen Verify, Unverified & Refuse?
Terdapat 3 status komisen yang perlu anda faham:
- Verify
- Unverified
- Refuse
Verify – Bermaksud komisen anda sudah disahkan. Ia akan dibayar/transfer ke akaun bank anda apabila tiba masanya.
Unverified – Anda ada menerima komisen tetapi belum disahkan kerana bayaran belum diterima atau produk belum diterima oleh pelanggan.
Refuse – Komisen anda dibatalkan kerana pelanggan tidak buat bayaran, pelanggan minta refund atau apa-apa sebab yang menyebabkan tempahan pelanggan itu tidak sah dan ditarik balik.
Kenapa Dalam Email Terima Komisen, Dalam Dashboard Tiada Komisen?
Apabila anda membeli atau ada seseorang membeli produk melalui link anda atau mereka ahli dalam kumpulan anda, maka ada akan menerima email New Commission.
- Jika anda membeli, itu adalah cashback
- Jika orang lain beli dari link anda, itu adalah komisen
- Jika ahli atau afiliate di bawah anda yang membeli, itu adalah bonus
Semuanya itu menandakan anda mendapat komisen dari Azadel kerana sesuatu jualan sudah berlaku.
Anda akan nampak jumlah komisen ada dinyatakan dalam email.
Tetapi apabila anda pergi ke Affiliate Dashboard, tiada apa yang berubah pada Earning anda. Seolah-olah tiada komisen yang masuk kerana nilai tidak bertambah.
Ini berlaku kerana komisen itu masih belum verify (disahkan). Ia berstatus Unverified (belum sah).
Terdapat beberapa sebab ia belum verify:
- Kami terima tempahan, tetapi belum terima bayaran dari pembeli.
- Bayaran sudah diterima dan produk dalam proses penghantaran.
Selepas bayaran diterima dan produk diterima oleh pelanggan, barulah tempahan itu akan ditukar status kepada complete (selesai).
Setelah status complete, barulah komisen itu akan ditambah pada earning dalam Affiliate Dashboard anda.
Bagaimanapun ada beberapa produk yang terus complete setelah pelanggan membuat bayaran. Antaranya ialah:
- Produk digital (yang pelanggan boleh terus download atau akses ke halaman produk)
- Produk VIP (terus complete walaupun barang belum pos kerana pembeli VIP akan terus dinaikkan menjadi Affiliate Plus)
- Produk pos percuma (sesetengah produk yang diberi pos percuma juga akan set terus complete selepas tempahan)

Kenapa Saya Terima Email New Commission Tapi RM0.00?
Terdapat 2 email New Commission dengan jumlah amount-nya RM0.00 iaitu:
- AZADEL New Commission (Tier)
- AZADEL New Commission (Shop)
Apa yang berbeza ialah dalam kurungan itu samada komisen itu datang dari ‘Tier’ atau ‘Shop’.
- Tier bermaksud komisen dari ahli2 di bawah rangkaian anda.
- Shop bermaksud komisen dari jualan produk-produk dalam kumpulan anda.
Kenapa jumlahnya kosong?
Jawapannya ada beberapa sebab:
- Ada ahli baru daftar di bawah rangkaian anda pada tier (aras) kedua atau ketiga. Anda tidak mendapat komisen kerana level anda hanya Affiliate biasa. Hanya Affiliate Plus dan ke atas yang akan dapat komsien tier.
- Ada ahli baru membeli dalam rangkaian anda. Tetapi anda tidak mendapat komisen kerana mereka telah menjadi Affiliate di bawah anda. Anda hanya akan mendapat komisen dari Affiliate di bawah anda jika anda seorang Affiliate Plus.
- Anda sudah jadi Affiliate Plus, tetapi tetap dapat komisen RM0.00, ini bermaksud komisen itu datang dari tier ketiga di bawah anda. Sebagai Affiliate Plus, anda hanya dapat komisen dari tier pertama dan kedua sahaja. Untuk tier ketiga, anda perlu menjadi Affiliate Premium.

Sila rujuk jadual di bawah untuk melihat pelan komisen Azadel:

Boleh Ke Jual Produk Azadel Di Shopee, Lazada, Ebay Dll?
Jawapan ringkasnya adalah, tak boleh.
Azadel menggunakan konsep Affiliate, ia berbeza dengan dropship.
Jika menjadi dropship, anda perlu menjual sendiri produk tersebut walaupun tak pegang stok produk. Pelanggan perlu bayar kepada anda, bukan bayar supplier. Selepas menerima bayaran dari pelanggan, anda akan membeli produk dari supplier, kemudian supplier akan pos kepada pelanggan.
Konsep affiliate pula terbalik. Anda tidak jual produk tersebut. Anda tak terima bayaran daripada pelanggan. Anda hanya kongsikan link untuk mereka membeli produk sahaja. Pelanggan akan membeli terus dalam website dan bayar kepada pihak syarikat. Sistem akan merekod komisen anda hasil dari jualan tersebut kerana anda yang share link itu kepada pelanggan.
Maka dengan konsep ini, anda tidak boleh ambil produk-produk itu untuk menjual di Shopee, Lazada dan sebagainya. Sebaliknya hanya kongsi link halaman jualan produk dan pelanggan perlu membeli dalam website tersebut.
Ini penting untuk pastikan sistem berfungsi.
Dalam sistem affiliate, anda akan rugi jika jual sendiri. Ini kerana anda perlu buat banyak kerja dan tidak dapat jana pendapatan pasif.
Jika pelanggan membeli di website dari link affiliate anda, mereka akan masuk ke dalam database kami. Dengan itu kami dapat follow-up mereka dari masa ke semasa. Dengan sistem follow-up itu, pelanggan tersebut akan membeli dan terus membeli. Di sinilah anda untung. Kerana setiap kali pelanggan itu membeli, anda akan dapat komisen automatik. Komisen ini dibayar lifetime atau selama 100 tahun selagi pelanggan itu membeli. Di sinilah anda dapat jana pendapatan pasif.
Namun jika anda jual sendiri, maka anda akan terlepas peluang ini. Kerana itu kami tidak benarkan affiliate jual sendiri produk di mana-mana tempat lain kecuali share link produk dan biarkan jualan itu berlaku di website Azadel.
Bagaimanapun, dalam Azadel terdapat beberapa vendor yang mana produk mereka sememangnya sudah berada di pasaran. Itu adalah hak mereka sendiri untuk jual produk di luar kerana mereka adalah seorang vendor yang membekalkan produk kepada Azadel. Bukan sekadar affiliate.



