Kenapa Dalam Email Terima Komisen, Dalam Dashboard Tiada Komisen?
Apabila anda membeli atau ada seseorang membeli produk melalui link anda atau mereka ahli dalam kumpulan anda, maka ada akan menerima email New Commission.
- Jika anda membeli, itu adalah cashback
- Jika orang lain beli dari link anda, itu adalah komisen
- Jika ahli atau afiliate di bawah anda yang membeli, itu adalah bonus
Semuanya itu menandakan anda mendapat komisen dari Azadel kerana sesuatu jualan sudah berlaku.
Anda akan nampak jumlah komisen ada dinyatakan dalam email.
Tetapi apabila anda pergi ke Affiliate Dashboard, tiada apa yang berubah pada Earning anda. Seolah-olah tiada komisen yang masuk kerana nilai tidak bertambah.
Ini berlaku kerana komisen itu masih belum verify (disahkan). Ia berstatus Unverified (belum sah).
Terdapat beberapa sebab ia belum verify:
- Kami terima tempahan, tetapi belum terima bayaran dari pembeli.
- Bayaran sudah diterima dan produk dalam proses penghantaran.
Selepas bayaran diterima dan produk diterima oleh pelanggan, barulah tempahan itu akan ditukar status kepada complete (selesai).
Setelah status complete, barulah komisen itu akan ditambah pada earning dalam Affiliate Dashboard anda.
Bagaimanapun ada beberapa produk yang terus complete setelah pelanggan membuat bayaran. Antaranya ialah:
- Produk digital (yang pelanggan boleh terus download atau akses ke halaman produk)
- Produk VIP (terus complete walaupun barang belum pos kerana pembeli VIP akan terus dinaikkan menjadi Affiliate Plus)
- Produk pos percuma (sesetengah produk yang diberi pos percuma juga akan set terus complete selepas tempahan)
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!