Tak Dapat Komisen Apabila Orang Daftar / Beli Dari Link Anda?
Dalam beberapa keadaan, berlaku situasi di mana sistem tidak dapat merekod siapa yang berdaftar di bawah anda.
Situasi ini berlaku dalam beberapa keadaan:
- Salah berikan link affiliate
- Link affiliate terbatal disebabkan app/extension tertentu
- Hp atau pc mereka tidak menyimpan cookies
Jika perkara ini berlaku, maka orang yang daftar dari link anda tidak akan direkodkan sebagai team atau pelanggan anda. Dengan itu, tiada komisen diberikan.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan ini kerana ia diluar bidang kuasa kami untuk menguruskannya memandangkan setiap orang menggunakan browser yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun, jika anda tahu sesiapa yang berdaftar dengan anda atau membeli dari link anda tetapi anda tidak mendapat komisen atau mereka tidak dimasukkan dalam rangkaian anda, maka anda boleh hubungi kami untuk masukkannya secara manual. Bantuan ini hanya diberikan kepada ahli VIP sahaja.
Untuk kes seperti ini, kami hanya akan berikan 2 manfaat:
- Komisen atas jualan produk
- Tier dalam kumpulan anda
Komisen pendaftaran ahli RM0.10 tidak akan diberikan kerana ini hadiah yang kami berikan untuk pendaftaran yang berjaya menggunakan sistem sahaja.
Untuk mengelakkan masalah seperti di atas, anda digalakkan menggunakan landing page untuk invite ahli baru daftar. Bagaimanapun, hanya ahli VIP sahaja yang mempunyai landing page. Ahli biasa tiada landing page.
Sebarang pertanyaan & perbincangan lanjut boleh hubungi kami untuk bantuan (khas untuk ahli VIP sahaja).

Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!