Pusat Bantuan Azadel

Apa Itu Affiliate Starter, Partner, Seller & VIP?

Status Akaun Azadel — Affiliate & Seller

Panduan Ahli Azadel

Status Akaun Affiliate & Seller

Kenali setiap peringkat status dalam akaun Azadel anda — Affiliate Starter, Partner, Seller, VIP, dan Produk VIP — supaya anda faham apa yang anda ada, dan macam mana nak naik taraf.

01 — Affiliate Starter

Peringkat Asas
Peringkat permulaan affiliate

Peringkat pertama sebaik sahaja anda layak jadi affiliate Azadel. Anda dah boleh kongsi link referral dan mula kumpul komisyen.

  • Belum termasuk ahli VIP
  • Komisyen langsung (L1) sahaja — maksimum 30% daripada harga produk
  • Komisyen hanya dikira dari pembeli yang bukan affiliate — jika downline anda sendiri seorang affiliate, level 2 (L2) dan level 3 (L3) tidak dikira (RM0)
  • Naik taraf ke Affiliate Partner secara automatik bila komisyen terkumpul anda cecah RM1,000, atau rangkaian direct (L1) anda cecah 1,000 orang

02 — Affiliate Partner (VIP)

Ahli VIP
Naik taraf daripada Starter

Peringkat kedua, dan ini bermakna anda dah rasmi jadi Ahli VIP Azadel.

  • Komisyen langsung (L1) penuh — tiada had 30% lagi
  • Turut menerima komisyen L2 dan L3 daripada rangkaian affiliate anda
  • Layak masuk Grup VIP (lihat bahagian 04)

03 — Affiliate Seller

Buka Kedai Sendiri
Seller Lama (Lifetime) & Seller Langganan

Status Seller membolehkan anda buka kedai sendiri, jual produk anda, dan dapat akses dashboard pengurusan seller — di samping semua kelebihan Affiliate Partner. Konsepnya sama untuk semua seller, cuma cara akses berbeza:

  • Seller Lama (Legacy): pernah bayar pakej lifetime sekali sahaja — akses kedai dan dashboard kekal selama-lamanya, tiada bayaran berulang
  • Seller Langganan (terkini): subscribe salah satu pakej langganan seller (Bulanan / 6 Bulan / Tahunan) — akses kedai & dashboard aktif selagi langganan aktif
Penting: kalau langganan seller tak diperbaharui, yang terjejas hanyalah akses kedai — dashboard tertutup dan produk anda tidak boleh dijual buat sementara waktu. Status affiliate dan komisyen anda yang sedia kekal (rujuk bahagian 06) tidak terjejas — anda tetap boleh kongsi link dan terima komisyen seperti biasa.

04 — VIP

Grup Eksklusif

VIP bukan satu peringkat berasingan — ia adalah status khas yang diberikan kepada Affiliate Partner dan Affiliate Seller sahaja. Sebagai Ahli VIP, anda layak masuk grup sokongan VIP dan mengikuti kelas-kelas tambahan yang khusus untuk ahli VIP. Affiliate Starter belum lagi tergolong sebagai Ahli VIP.

05 — Produk VIP

Label Produk

Produk VIP adalah produk yang diberi label khas dalam Azadel — apabila anda membeli mana-mana produk berlabel Produk VIP, anda serta-merta layak menjadi Affiliate Partner dan Ahli VIP.

06 — Cara Jadi Starter, Partner & Seller

Ada dua cara untuk mencapai status affiliate — kedua-duanya membawa kepada peringkat yang sama.

A

Belanja atau beli produk terus

Belanja RM100 ke atas dalam satu pesanan → jadi Affiliate Starter. Beli mana-mana Produk VIP → terus jadi Affiliate Partner.

B

Langganan pakej Seller

Subscribe salah satu pakej seller di bawah — selain buka kedai, pakej ini turut memberi status affiliate.

PakejHargaStatus StarterStatus Partner
Bulanan RM39/bulan Diberi serta-merta, jadi kekal selepas 3 bulan berturut-turut aktif Jadi kekal selepas 7 bulan berturut-turut aktif
6 Bulan RM120/6 bulan Kekal serta-merta dari bayaran pertama Jadi kekal pada pembaharuan kali ke-2 (~bulan ke-7)
Tahunan RM199/tahun — Kekal serta-merta dari bayaran pertama
"Kekal" bermaksud status affiliate anda (Starter atau Partner) menjadi tetap — anda terus boleh berkongsi link, membina rangkaian, dan menerima komisyen seumur hidup, walaupun langganan pakej seller anda tamat atau tidak diperbaharui lagi selepas itu. Yang terjejas jika langganan tamat hanyalah akses kedai/dashboard seller sahaja (rujuk bahagian 03) — bukan status atau komisyen affiliate anda.

07 — Syarat Mengekalkan Akaun Affiliate

Tidak kira Starter, Partner atau Seller, semua ahli affiliate Azadel wajib mematuhi satu syarat mudah ini:

  • Log masuk ke akaun Azadel sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 12 bulan
  • Jika gagal, anda akan diberi amaran berserta tempoh bergrace untuk log masuk semula
  • Jika masih gagal selepas tempoh grace tamat, akaun affiliate akan ditutup selama-lamanya — semua komisyen terkumpul terbatal, dan ahli-ahli dalam rangkaian affiliate anda akan terputus daripada rangkaian tersebut
Cara paling mudah untuk kekalkan akaun anda: log masuk sekali-sekala walaupun anda tidak aktif mempromosikan — itu sudah cukup untuk mengelakkan akaun anda daripada ditutup.

08 — Soalan Lazim

Adakah saya perlu bayar yuran berterusan untuk kekal jadi affiliate?

Tidak. Sebaik status Starter atau Partner anda jadi "kekal" (lihat bahagian 06), tiada yuran berterusan diperlukan untuk terus menerima komisyen. Yuran langganan hanya diperlukan jika anda mahu terus mengekalkan akses kedai sebagai Seller.

Saya seorang Seller — kalau saya berhenti langgan, adakah saya hilang komisyen affiliate saya?

Tidak, selagi status affiliate anda sudah "kekal". Anda tetap terima komisyen dan boleh kongsi link seperti biasa. Yang tertutup hanyalah akses kedai/dashboard seller anda sehingga anda sambung semula langganan.

Macam mana saya tahu produk mana yang tergolong Produk VIP?

Produk VIP akan ditandakan secara jelas di halaman produk berkenaan dalam Azadel.

Kenapa saya perlu log masuk sekali setahun walaupun saya tidak aktif?

Ini untuk memastikan akaun affiliate yang benar-benar tidak aktif tidak terus menyimpan rekod tanpa had. Anda akan sentiasa diberi amaran dan tempoh grace dahulu sebelum sebarang penutupan akaun berlaku.

Azadel — Now Everyone Can Earn

Panduan Bermula Sebagai Seller Azadel

Nak buka “kedai” sendiri di Azadel? Berikut langkah-langkahnya:

  1. Langgan pelan Seller — pilih pelan Bulanan (RM39), 6 Bulan (RM150) atau Tahunan (RM199). Pelan baharu biasanya disertakan tempoh percubaan sebelum caj pertama dikenakan.
  2. Akses dashboard seller anda akan terbuka sebaik langganan aktif.
  3. Tambah produk pertama anda — isikan tajuk, penerangan, harga, dan tetapkan Pool% (lihat panduan berasingan untuk penjelasan penuh).
  4. Tunggu kelulusan admin — produk akan berstatus “Menunggu Kelulusan” sebelum dipaparkan secara terbuka.
  5. Sebaik diluluskan, produk anda live dan boleh mula dijual — termasuk melalui rangkaian affiliate jika anda memilih untuk menyertakannya.

Sebagai seller, anda turut automatik menjadi affiliate untuk produk anda sendiri, jadi anda turut menerima komisen L1 apabila menjual produk anda melalui pautan referral sendiri.

Panduan Faham Pembahagian Keuntungan (Pool%)

Setiap kali anda menyenaraikan produk, anda memilih satu peratusan yang dipanggil Pool% — ini ialah bahagian daripada harga jualan yang diperuntukkan untuk yuran platform Azadel dan komisen rangkaian affiliate (jika produk disertakan dalam rangkaian affiliate). Baki selebihnya terus menjadi bahagian anda sebagai seller.

Contohnya, jika Pool% anda ditetapkan pada 60%, maka 40% daripada harga jualan terus menjadi milik anda sebagai seller, manakala 60% lagi dibahagikan antara yuran platform dan komisen affiliate (L1/L2/L3) mengikut formula rasmi Azadel.

Anda juga boleh memilih untuk menjual tanpa menyertakan produk dalam rangkaian affiliate — dalam kes ini, tiada komisen affiliate dibayar dan hanya yuran platform minimum dikenakan. Pilihan ini ditetapkan semasa penyenaraian dan tidak boleh ditukar selepas itu, jadi pertimbangkan dengan teliti sebelum menerbitkan produk.

Peratusan Pool% yang lebih tinggi bermakna produk anda lebih menarik untuk dipromosikan oleh rangkaian affiliate (kerana komisen mereka lebih besar), manakala peratusan lebih rendah bermakna anda menyimpan lebih banyak daripada setiap jualan sendiri. Tiada satu angka “betul” — ia bergantung pada strategi jualan anda.

Panduan Terima Bayaran Jualan Seller

Memahami bila wang jualan anda benar-benar sampai ke tangan anda adalah penting:

  • Sebaik pesanan pelanggan disahkan, bahagian seller anda direkodkan sebagai baki tertunggak dalam dashboard seller anda.
  • Bergantung pada kaedah pembayaran yang digunakan pelanggan, sesetengah jualan dibayar keluar secara automatik, manakala kebanyakan yang lain memerlukan pengeluaran manual oleh admin Azadel.
  • Anda boleh membuat permintaan pengeluaran dari dashboard seller anda apabila baki mencukupi. Admin akan menyemak dan memproses permintaan tersebut.
  • Status pesanan “Selesai” bermaksud pelanggan sudah membayar dan menerima produk — ia tidak semestinya bermakna anda sudah dibayar. Sentiasa rujuk baki sebenar di dashboard seller anda, bukan status pesanan sahaja.

Jika anda perasan percanggahan antara jualan yang direkodkan dan baki yang dipaparkan, buka tiket sokongan dengan menyertakan nombor pesanan berkenaan.