Pusat Bantuan Azadel

Apa Itu Affiliate Starter, Partner, Seller & VIP?

Status Akaun Azadel — Affiliate & Seller

Panduan Ahli Azadel

Status Akaun Affiliate & Seller

Kenali setiap peringkat status dalam akaun Azadel anda — Affiliate Starter, Partner, Seller, VIP, dan Produk VIP — supaya anda faham apa yang anda ada, dan macam mana nak naik taraf.

01 — Affiliate Starter

Peringkat Asas
Peringkat permulaan affiliate

Peringkat pertama sebaik sahaja anda layak jadi affiliate Azadel. Anda dah boleh kongsi link referral dan mula kumpul komisyen.

  • Belum termasuk ahli VIP
  • Komisyen langsung (L1) sahaja — maksimum 30% daripada harga produk
  • Komisyen hanya dikira dari pembeli yang bukan affiliate — jika downline anda sendiri seorang affiliate, level 2 (L2) dan level 3 (L3) tidak dikira (RM0)
  • Naik taraf ke Affiliate Partner secara automatik bila komisyen terkumpul anda cecah RM1,000, atau rangkaian direct (L1) anda cecah 1,000 orang

02 — Affiliate Partner (VIP)

Ahli VIP
Naik taraf daripada Starter

Peringkat kedua, dan ini bermakna anda dah rasmi jadi Ahli VIP Azadel.

  • Komisyen langsung (L1) penuh — tiada had 30% lagi
  • Turut menerima komisyen L2 dan L3 daripada rangkaian affiliate anda
  • Layak masuk Grup VIP (lihat bahagian 04)

03 — Affiliate Seller

Buka Kedai Sendiri
Seller Lama (Lifetime) & Seller Langganan

Status Seller membolehkan anda buka kedai sendiri, jual produk anda, dan dapat akses dashboard pengurusan seller — di samping semua kelebihan Affiliate Partner. Konsepnya sama untuk semua seller, cuma cara akses berbeza:

  • Seller Lama (Legacy): pernah bayar pakej lifetime sekali sahaja — akses kedai dan dashboard kekal selama-lamanya, tiada bayaran berulang
  • Seller Langganan (terkini): subscribe salah satu pakej langganan seller (Bulanan / 6 Bulan / Tahunan) — akses kedai & dashboard aktif selagi langganan aktif
Penting: kalau langganan seller tak diperbaharui, yang terjejas hanyalah akses kedai — dashboard tertutup dan produk anda tidak boleh dijual buat sementara waktu. Status affiliate dan komisyen anda yang sedia kekal (rujuk bahagian 06) tidak terjejas — anda tetap boleh kongsi link dan terima komisyen seperti biasa.

04 — VIP

Grup Eksklusif

VIP bukan satu peringkat berasingan — ia adalah status khas yang diberikan kepada Affiliate Partner dan Affiliate Seller sahaja. Sebagai Ahli VIP, anda layak masuk grup sokongan VIP dan mengikuti kelas-kelas tambahan yang khusus untuk ahli VIP. Affiliate Starter belum lagi tergolong sebagai Ahli VIP.

05 — Produk VIP

Label Produk

Produk VIP adalah produk yang diberi label khas dalam Azadel — apabila anda membeli mana-mana produk berlabel Produk VIP, anda serta-merta layak menjadi Affiliate Partner dan Ahli VIP.

06 — Cara Jadi Starter, Partner & Seller

Ada dua cara untuk mencapai status affiliate — kedua-duanya membawa kepada peringkat yang sama.

A

Belanja atau beli produk terus

Belanja RM100 ke atas dalam satu pesanan → jadi Affiliate Starter. Beli mana-mana Produk VIP → terus jadi Affiliate Partner.

B

Langganan pakej Seller

Subscribe salah satu pakej seller di bawah — selain buka kedai, pakej ini turut memberi status affiliate.

PakejHargaStatus StarterStatus Partner
Bulanan RM39/bulan Diberi serta-merta, jadi kekal selepas 3 bulan berturut-turut aktif Jadi kekal selepas 7 bulan berturut-turut aktif
6 Bulan RM120/6 bulan Kekal serta-merta dari bayaran pertama Jadi kekal pada pembaharuan kali ke-2 (~bulan ke-7)
Tahunan RM199/tahun — Kekal serta-merta dari bayaran pertama
"Kekal" bermaksud status affiliate anda (Starter atau Partner) menjadi tetap — anda terus boleh berkongsi link, membina rangkaian, dan menerima komisyen seumur hidup, walaupun langganan pakej seller anda tamat atau tidak diperbaharui lagi selepas itu. Yang terjejas jika langganan tamat hanyalah akses kedai/dashboard seller sahaja (rujuk bahagian 03) — bukan status atau komisyen affiliate anda.

07 — Syarat Mengekalkan Akaun Affiliate

Tidak kira Starter, Partner atau Seller, semua ahli affiliate Azadel wajib mematuhi satu syarat mudah ini:

  • Log masuk ke akaun Azadel sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 12 bulan
  • Jika gagal, anda akan diberi amaran berserta tempoh bergrace untuk log masuk semula
  • Jika masih gagal selepas tempoh grace tamat, akaun affiliate akan ditutup selama-lamanya — semua komisyen terkumpul terbatal, dan ahli-ahli dalam rangkaian affiliate anda akan terputus daripada rangkaian tersebut
Cara paling mudah untuk kekalkan akaun anda: log masuk sekali-sekala walaupun anda tidak aktif mempromosikan — itu sudah cukup untuk mengelakkan akaun anda daripada ditutup.

08 — Soalan Lazim

Adakah saya perlu bayar yuran berterusan untuk kekal jadi affiliate?

Tidak. Sebaik status Starter atau Partner anda jadi "kekal" (lihat bahagian 06), tiada yuran berterusan diperlukan untuk terus menerima komisyen. Yuran langganan hanya diperlukan jika anda mahu terus mengekalkan akses kedai sebagai Seller.

Saya seorang Seller — kalau saya berhenti langgan, adakah saya hilang komisyen affiliate saya?

Tidak, selagi status affiliate anda sudah "kekal". Anda tetap terima komisyen dan boleh kongsi link seperti biasa. Yang tertutup hanyalah akses kedai/dashboard seller anda sehingga anda sambung semula langganan.

Macam mana saya tahu produk mana yang tergolong Produk VIP?

Produk VIP akan ditandakan secara jelas di halaman produk berkenaan dalam Azadel.

Kenapa saya perlu log masuk sekali setahun walaupun saya tidak aktif?

Ini untuk memastikan akaun affiliate yang benar-benar tidak aktif tidak terus menyimpan rekod tanpa had. Anda akan sentiasa diberi amaran dan tempoh grace dahulu sebelum sebarang penutupan akaun berlaku.

Azadel — Now Everyone Can Earn

Panduan Bermula Sebagai Affiliate Azadel

Program affiliate Azadel membolehkan anda menjana pendapatan dengan berkongsi produk dan kursus yang anda percaya:

  1. Jadi VIP — Affiliate Partner dengan membeli produk VIP Partner yang berkenaan.
  2. Dapatkan pautan referral unik anda dari dashboard affiliate anda.
  3. Kongsikan pautan tersebut — media sosial, WhatsApp, blog, atau apa sahaja saluran yang sesuai untuk audiens anda.
  4. Apabila seseorang membeli melalui pautan anda, komisen direkodkan secara automatik ke akaun affiliate anda.

Hubungan referral adalah seumur hidup — sekali seseorang membeli melalui pautan anda, semua pembelian akan datang oleh mereka turut dikira di bawah rangkaian anda. Untuk kekal aktif, pastikan anda log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan.

Panduan Faham Komisen 3 Peringkat (L1/L2/L3)

Program affiliate Azadel menggunakan struktur 3 peringkat:

  • L1 — komisen daripada orang yang anda rujuk secara terus.
  • L2 — komisen daripada orang yang dirujuk oleh rujukan L1 anda.
  • L3 — komisen daripada orang yang dirujuk oleh rujukan L2 anda.

Jumlah sebenar setiap peringkat bergantung pada peratusan Pool% yang ditetapkan oleh seller bagi produk berkenaan — produk dengan Pool% lebih tinggi biasanya memberi komisen lebih besar kepada rangkaian affiliate.

Penting: peringkat keahlian anda turut menentukan berapa banyak yang anda terima. Ahli di peringkat Affiliate Starter (apabila dibuka kelak) akan mempunyai had komisen berbeza berbanding VIP — Affiliate Partner ke atas, yang menerima komisen penuh tanpa had daripada ketiga-tiga peringkat. Naik ke peringkat Partner boleh berlaku dengan membeli produk VIP, mengumpul jumlah komisen tertentu, atau mencapai jumlah rujukan terus tertentu.

Setiap komisen yang layak akan direkodkan ke baki akaun affiliate anda dan boleh dikeluarkan melalui permintaan pengeluaran di dashboard anda.