Pusat Bantuan Azadel

Apakah itu Azadel?

Azadel ialah platform bisnes digital Malaysia yang menggabungkan empat perkara dalam satu tempat: pasar (marketplace) untuk beli-jual produk digital, kursus dan fizikal; Azademy untuk belajar; program affiliate 3 peringkat untuk menjana pendapatan tambahan; dan komuniti untuk berhubung dengan seller, tutor dan ahli lain. Tagline kami: Now Everyone Can Earn.

Adakah Azadel ini skim piramid atau MLM?

Tidak. Setiap komisen yang dibayar datang daripada jualan produk atau kursus sebenar — bukan daripada yuran menyertai atau merekrut ahli baharu. Anda beli produk kerana anda mahu/perlukannya; program referral hanyalah cara tambahan untuk menjana pendapatan apabila orang yang anda kongsikan pautan turut membeli. Platform Azadel disediakan dengan mengambil kira prinsip patuh Syariah.

Bagaimana cara mendaftar akaun Azadel?

Akaun Azadel dicipta secara automatik semasa anda membuat pembelian pertama (checkout). Isikan nama dan emel semasa proses checkout, dan akaun anda akan aktif sebaik pembayaran disahkan — anda tidak perlu daftar akaun secara berasingan sebelum itu.

Apakah kaedah pembayaran yang disokong?

Azadel menyokong beberapa kaedah pembayaran termasuk pembayaran dalam talian segera dan pemindahan bank. Kaedah yang dipaparkan semasa checkout mungkin berbeza mengikut produk. Untuk kaedah yang memerlukan pengesahan manual, sila pastikan anda isikan rujukan pembayaran atau muat naik resit seperti diminta supaya pesanan anda dapat disahkan dengan lancar.

Adakah saya perlu bayar yuran bulanan untuk kekal sebagai ahli?

Tidak, tiada yuran bulanan untuk kekal sebagai ahli biasa atau ahli VIP Affiliate. Yuran hanya dikenakan jika anda memilih untuk menjadi seller (buka kedai sendiri), yang menggunakan pelan langganan tertentu — lihat FAQ bahagian Seller untuk butiran.

Macam mana saya nak hubungi sokongan Azadel?

Gunakan tab Tiket Saya di halaman Pusat Bantuan ini untuk membuka tiket sokongan baharu. Pasukan kami akan membalas melalui halaman ini dan melalui emel yang anda daftarkan.