Pusat Bantuan Azadel

Macam mana nak jadi seller di Azadel?

Langganan pelan Seller Azadel (lihat FAQ harga di bawah). Sebaik langganan aktif, dashboard seller anda akan terbuka dan anda boleh mula menghantar produk untuk disemak dan dipaparkan di pasar Azadel.

Berapa kos untuk jadi seller Azadel?

Seller Azadel menggunakan pelan langganan berikut, dengan tempoh percubaan percuma untuk pelanggan baharu:

  • Bulanan — RM39/bulan
  • 6 Bulan — RM150/6 bulan
  • Tahunan — RM199/tahun

Semua harga tertakluk kepada perubahan — sila rujuk halaman langganan seller untuk harga terkini semasa anda mendaftar.

Apa jenis produk yang boleh saya jual?

Anda boleh menjual produk digital (ebook, templat, video, audio dan seumpamanya), kursus/kelas di Azademy, mahupun produk fizikal yang sah di sisi undang-undang dan selaras dengan nilai platform Azadel.

Macam mana pembahagian keuntungan (Pool%) berfungsi?

Semasa menyenaraikan produk, anda menetapkan peratusan Pool% — bahagian daripada harga jualan yang diperuntukkan untuk yuran platform dan komisen rangkaian affiliate. Baki selebihnya adalah bahagian anda sebagai seller. Anda juga boleh memilih untuk menjual tanpa menyertakan produk dalam rangkaian affiliate, dengan yuran platform yang minimum sahaja. Lihat Panduan Faham Pembahagian Keuntungan untuk penjelasan penuh dengan contoh kiraan.

Bila dan macam mana saya terima bayaran jualan saya?

Bayaran diproses oleh pasukan Azadel berdasarkan baki jualan yang terkumpul dalam akaun seller anda. Anda boleh menyemak baki dan membuat permintaan pengeluaran dari dashboard seller anda; permintaan akan disemak dan diproses oleh admin. Tempoh pemprosesan boleh berbeza mengikut kaedah pembayaran asal pelanggan.

Pesanan saya tertera “Selesai” tapi saya belum nampak bayaran masuk — kenapa?

Ini normal untuk kebanyakan kaedah pembayaran. Status “Selesai” pada pesanan bermaksud pelanggan telah berjaya membayar dan produk telah dihantar/dibuka akses — ia belum tentu bermakna bahagian seller sudah dibayar keluar. Sebahagian besar kaedah pembayaran memerlukan proses pengeluaran manual oleh admin. Semak baki sebenar anda di dashboard seller, dan jika ada percanggahan, buka tiket sokongan.

Macam mana nak listing produk baharu dan berapa lama proses kelulusan?

Dari dashboard seller, pilih “Tambah Produk Baharu”, lengkapkan maklumat dan tetapkan Pool%. Produk anda akan berstatus “Menunggu Kelulusan” sehingga disemak oleh admin sebelum dipaparkan secara terbuka di pasar Azadel. Tempoh semakan bergantung pada beban kerja semasa — jika sudah agak lama tanpa kemas kini, sila buka tiket sokongan.

Apa jadi kalau langganan seller saya tamat atau gagal bayar?

Anda akan diberi tempoh tenang (grace period) beberapa hari untuk mengemas kini pembayaran anda tanpa kehilangan akses. Selepas tempoh tersebut tamat tanpa pembaharuan, status seller anda akan dinyahaktifkan sehingga langganan diperbaharui. Produk sedia ada dan rekod jualan anda tidak hilang.