Azadel

Azadel adalah sebuah web e-commerce yang diuruskan oleh perniagaan CW Health & Beauty. Ia ditubuhkan sebagai platform jualan untuk produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat & juga vendor. Selain jualan secara terus kepada pelanggan akhir, Azadel juga membuka peluang terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen affiliate.

Pelanggan

Dalam Azadel pelanggan terdiri dari 3 kategori iaitu:

  • Pelanggan luar (tidak berdaftar)
  • Ahli (pelanggan berdaftar)
  • Affiliate (pelanggan yang menjadi affiliate)

Mana-mana dalam senarai di atas yang membeli produk-produk dalam Azadel adalah pelanggan.

Ahli

Mereka yang berdaftar dengan membuka akaun dalam website Azadel dianggap sebagai ahli samada mereka membeli produk atau tidak. Ahli mendapat kelebihan tertentu seperti harga diskaun, kupon, jualan promosi dan sebagainya. Ahli juga akan mendapat update berkaitan apa-apa info, promosi, jualan musim perayaan & sebagainya melalui email jika mereka subscribe sebagai penerima email.

Affiliate

Affiliate adalah agen yang membantu membuat pengiklanan & pemasaran produk Azadel. Semua ahli Azadel layak menjadi Affiliate secara percuma percuma. Dengan menjadi Affiliate, mereka akan mendapat cashback sebanyak 5% jika membeli produk di Azadel dan 5% komisen jika berjaya membawa pelanggan lain dalam Azadel. Untuk maklumat lanjut berkaitan Affiliate, boleh rujuk di sini.

Vendor

Mereka adalah penjual produk atau servis dalam Azadel. Sesiapa sahaja berpeluang menjadi vendor dalam website Azadel. Bagaimanapun terdapat beberapa terma & syarat yang perlu dipenuhi oleh vendor sebelum diterima masuk dalam Azadel. Untuk maklumat lanjut tentang vendor, sila klik di sini.