Daftar Percuma
Menjadi affiliate Azadel adalah percuma selama-lamanya. Tiada apa-apa bayaran diperlukan untuk upgrade ke pangkat yang lebih tinggi melainkan anda akan dinaikkan pangkat secara automatik apabila berjaya jana komisen yang tinggi. Pangkat diberikan atas pencapaian anda, bukan sebarang pelaburan wang.
Komisen Serta Merta
Tidak perlu tunggu pairing, cari ahli atau buat sebarang bayaran modal. Cukup dengan membuat jualan atau berbelanja sendiri, anda akan mendapat komisen atau cashback. Belanja dapat duit, jual pun dapat duit.
Cashback Seumur Hidup
Dengan menjadi affiliate Azadel, anda akan mendapat cashback atas setiap pembelian anda. Makin tinggi anda berbelanja, makin tinggi cashback yang anda akan dapat. Cashback bermula dari 5% sehingga 20% dari harga produk. Jumlah cashback adalah berbeza bergantung kepada kategori produk & rank affiliate anda.
Miliki Kedai Online Sendiri
Anda akan mendapat link affiliate untuk kedai Azadel. Ia umpama anda memiliki kedai online sendiri kerana apa sahaja yang orang beli dalam Azadel, anda akan dapat komisen jika mereka masuk menggunakan link anda. Samada mereka register sebagai pengguna atau tidak, anda tetap mendapat komisen.
Bina Pelanggan Tetap
Setiap orang yang register dalam kedai Azadel melalui link affiliate anda akan menjadi pelanggan anda selama-lamanya. Setiap kali mereka login dan membeli produk, anda akan dapat komisen. Kedai anda, pelanggan anda!
Tiada Komitmen Bulanan
Tidak perlu membayar sewa, yuran keahlian atau jumlah jualan tetap setiap bulan atau tahunan. Cukup dengan satu jualan di kedai anda, anda akan mendapat komisen. Bisnes Azadel semata-mata atas jualan. Ada jualan, ada komisen. Tiada jualan, tiada komisen. Tiada caj tambahan atau sebarang bayaran tersembunyi.
Komisen Tinggi sehingga 55%
Ya. Total komisen yang kami berikan adalah sehingga 55%. Namun komisen itu dibahagikan kepada kumpulan tertentu supaya semua orang mendapat manfaat. Sebagai contoh, satu produk berharga RM100 akan diberikan komisen RM55 dengan pecahan, RM20, RM20, RM10, RM5. Dengan itu ramai mendapat manfaat di atas usaha masing-masing.
3 Tier Affiliate
Ia umpama anda menjadi seorang pemilik bisnes, di bawah anda ada stokis, agen dan dropship. Atau pemborong, pengedar & penjual. Begitulah konsep 3 tier affiliate dalam Azadel. Di bawah anda akan ada 3 aras affiliate yang anda akan mendapat komisen dari pembelian atau jualan mereka.
Bukan Skim Piramid
Skim piramid menetapkan siapa daftar dulu dia akan untung walau hanya goyang kaki tak buat apa-apa kerana dapat duit dari pelaburan orang di bawah. Konsep Azadel berbeza. Anda hanya dibayar atas jualan yang berlaku. Tiada sebarang pelaburan wang. Setiap seorang mendapat peluang, potensi & manfaat yang sama tidak kira siapa daftar dulu, siapa daftar kemudian.
Tak Perlu Jual Atau Cari Orang, Hanya Berkongsi
Ya, anda tidak perlu menjual produk atau cari orang untuk daftar ahli. Anda hanya perlu kongsikan kebaikan produk & peluang yang terdapat dalam Azadel. Yang berminat akan daftar sendiri. Yang memerlukan produk, akan membeli di web Azadel. Dengan pendaftaran & jualan itu, anda akan mendapat komisen. Semudah itu saja.
Tiada Konsep Downline Upline Biasa
Biasanya upline perlu menjadi leader kepada downline. Downline pula bergantung kepada upline untuk belajar sesuatu. Di Azadel anda tidak tahu siapa upline atau siapa downline. Yang ada hanya jumlah referral iaitu jumlah pembelian & pendaftaran ahli dari link affliate anda. Maka tiada konsep downline/upline biasa seperti MLM. Setiap seorang bertanggungjawab atas bisnes mereka sendiri.
Rank Dari Prestasi Sendiri
Dalam Azadel kami berikan pangkat (rank) berdasarkan prestasi sendiri. Iaitu rank akan dinaikkan apabila anda berjaya capai jumlah pendapatan/jualan tertentu. Tiada konsep naik pangkat dengan bantu downline naik pangkat sama. Kenaikan pangkat ahli2 lain tiada kaitan dengan pencapaian anda.
Tidak Perlu Keluar Modal
Pendaftaran ahli adalah percuma. Menjadi affliate juga adalah percuma. Upgrade ke pangkat lebih tinggi juga adalah percuma dengan pencapaian pendapatan tertentu. Tiada sebarang modal diperlukan dalam menjalankan bisnes Azadel. Cuma anda mungkin belanja untuk membeli produk2 untuk kegunaan sendiri sahaja.
Boleh Diwarisi
Satu akaun yang didaftarkan dalam Azadel akan diaktifkan selama 100 tahun. Untuk tempoh 100 tahun ini, sesiapa sahaja waris anda boleh mengambil alih akaun anda jika anda sudah tiada. Selepas 100 tahun, akaun itu akan dikaji semula samada ia aktif atau tidak, jika tidak aktif barulah ia akan ditutup.
Produk Muslim & Halal
Azadel mengutamakan produk keluaran muslim. Namun kami juga membuka ruang untuk mana-mana produk bukan muslim yang halal dan menepati syarat yang ditetapkan. Maka anda tidak perlu risau tentang produk kerana kami terlebih dahulu akan tapis produk2 yang masuk ke platform kami.
Boleh Guna Handphone 100%
Tidak menjadi masalah jika anda tiada komputer atau laptop. Anda boleh jalankan bisnes Azadel menggunakan hp 100%. Segala urusan bisnes, jual beli & latihan akan disediakan dalam bentuk yang memudahkan semua pengguna walaupun hanya menggunakan hp.
Pendapatan Pasif
Dengan memiliki kedai Azadel, ahli berdaftar & sekumpulan Affiliate dalam rangkaian anda, bisnes Azadel anda akan berjalan secara auto-pilot. Dengan itu, urusan pembelian, follow-up, penghantaran produk & customer support semuanya berjalan secara automatik yang diuruskan oleh pihak syarikat. Anda akan mendapat pendapatan pasif dengan pelaburan masa & usaha yang telah anda lakukan sebelumnya.
Potensi Pendapatan Besar
Azadel dicipta bukan sekadar untuk memberi peluang untuk jana pendapatan sampingan yang kecil. Sebaliknya ia dihasilkan untuk bantu anda mendapat pendapatan yang besar sehingga menjadi jutawan dengan pendapatan pasif. Kerana peluang & potensi dalam Azadel tiada had. Anda bebas mengembangkan rangkaian anda sebesar yang anda suka.
Seluruh Dunia
Platform Azadel boleh diakses di seluruh dunia. Anda boleh jalankan bisnes Azadel di mana saja anda berada. Namun buat masa ini produk hanya dihantar ke seluruh Malaysia sahaja. Kami akan mengembangkan bisnes Azadel secara worldwide dari masa ke semasa.
Sistem E-Commerce
Azadel adalah sebuah platform e-commerce di mana semua jualan/pembelian berjalan secara online. Penggunaan sistem ini amat penting untuk merekod setiap transaksi & memastikan setiap Affliate mendapat komisen yang tepat. Dengan teknologi ecommerce, Azadel dapat membuat jualan tanpa had setiap hari.
Automasi
Automasi di sini bermaksud proses pendaftaran, pembelian, upgrade rank, marketing, follow up & sebagainya akan berjalan secara auto. Walau di mana & bila-bila masa, ia sentiasa berjalan walaupun anda sedang tidur.