Mahu Jual Produk Dalam Azadel?

Kami BELUM BUKA peluang untuk pengguna atau sesiapa menjual produk dalam Azadel secara terbuka buat masa ini.

Jika anda mendapati ada vendor yang sentiasa ditambah dalam Azadel, ia adalah dari kalangan usahawan yang kami pilih berdasarkan beberapa faktor:

  • Rakan niaga
  • Ahli NGO
  • Para pembekal
  • Bekas peserta/pelanggan program & servis marketing kami

Sebelum membina Azadel, kami aktif dalam mengadakan bengkel bisnes & marketing. Maka kami mempunyai database usahawan-usahawan yang kami latih & memahami konsep serta strategi kami.

Mereka ini antara yang kami pilih sebagai vendor buat masa ini.

Bila Nak Buka Pada Vendor Lain?

Pemilihan vendor-vendor ketika ini bukan pilihan eksklusif, ia dibuat untuk kami menkaji SOP, sistem & mengurusan terbaik untuk para vendor.

Kami dan para vendor sedang bekerjasama membina plan urusniaga terbaik untuk manfaat bersama terutama kepada pelanggan.

Sehingga proses itu berjalan & mempunyai sistem pengurusan yang lengkap dengan persediaan team kami menguruskan para vendor, barulah ia akan dibuka kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, buat mereka yang berminat untuk bekerjasama menjadi vendor boleh hantar proposal kepada kami menerusi email: admin [@] azadel.com (sila edit email dengan betul, ia ditulis begitu untuk mengelakkan spam).