Automasikan & Tingkatkan Jualan Anda Dengan Sales Funnel!
Anda hanya perlu buat MARKETING & ADS, tidak perlu lagi membuat JUALAN!
Kerana tugas membuat jualan akan diurusakan oleh SALES FUNNEL anda!
Hai, saya Wan Muhd Ali…
Sejak 2008 lagi saya menggunakan sales Funnel dalam menjual produk secara online.
Saya jual ebook, kad raya digital, produk kuruskan badan, bengkel membuat produk, seminar, produk2 Affiliate, bisnes MLM dan banyak lagi. Semuanya saya gunakan Sales Funnel.
.
Kenapa saya gunakan sales funnel?
Sebab saya tak suka jual produk.
Saya suka buat kerja-kerja pemasaran, tapi tak suka buat kerja2 menjual.
.
Apa bezanya?
Besar bezanya. Tapi saya bagi analogi mudah saja.
Cuba tengok iklan billboard kereta honda di highway atau di mana2 saja.
Dalam iklan tu ada gambar yang menarik, ada ayat2 yang memikat, ada offer yang menarik.
Dari situ orang mula berminat untuk mencuba & mendapatkan kereta tersebut.
Ini adalah kerja2 marketing.
Bila orang berminat, mereka akan pergi ke showroom kereta Honda, lalu berjumpa dengan seller.
Seller akan gunakan kepakarannya untuk close deal.
Sehingga pelanggan berjaya membuat pembelian.
Ini adalah kerja2 jualan.
.
Begitu juga jika buat bisnes online.
Penjual membuat jualan dengan menjawab mesej2 di whatsapp, inbox dll.
Itulah kerja menjual.
.
Orang marketing buat strategi untuk bagi orang nampak, tahu, suka, berminat, mahu dan membuat tindakan.
Orang sales pula akan buat orang itu yakin dan akhirnya membuat bayaran.
Apa salahnya dengan kerja menjual itu?
Tiada apa yang salahnya.
Cuma, kerja menjual ini melibatkan:
- Masa yang terhad
- Perlukan kerja manual menjawab mesej bakal pelanggan
- Hanya boleh uruskan jumlah pelanggan yang terhad
- Tidak automasi
- Letih menguruskan bakal pelanggan, last2 tak beli pun
- Boleh mengganggu emosi
- Jualan pun terhad
.
Jadi untuk mengatasi situasi2 seperti di atas, dan dengan bantuan teknologi internet & juga website, maka sales funnel telah dicipta.
Ia adalah tools jualan yang telah bantu jutaan orang seluruh dunia dalam perniagaan.
Bagaimanapun, membina sebuah Sales Funnel bukanlah kerja yang mudah.
Saya sendiri telah banyak berkongsi ilmu tentang sales funnel ini dengan para usahawan.
Tetapi ramai yang gagal bina sales funnel mereka kerana waktu itu sales funnel menggunakan teknologi email marketing yang ramai orang tidak mahir dan melibatkan kos yang tinggi.
.
Maka saya telah bina banyak sales funnel yang caranya lebih mudah dan berkesan yang boleh dibuat oleh semua orang.
Saya guna sales funnel ini untuk jual
- Produk fizikal & digital
- Produk Affiliate
- Bisnes MLM
- Program referral
- Bengkel & seminar
Alhamdulillah, ia berfungi dengan baik dan berjaya jana ratusan ribu ringgit jualan.
Bila sales funnel telah berfungsi dengan baik, selebihnya kita boleh tingkatkan jualan dengan membuat lebih banyak iklan seperti menggunakan FB Ads, TikTok, IG, Google Ads dan sebagainya.
Yang penting bina sales funnel dulu sebelum membuat iklan.
Kerana ia akan bantu kita close sales secara automatik.
Bagaimana Membina Sales Funnel?
Dalam kata mudah, Sales Funnel itu ialah proses bagaimana kita menjual sesuatu produk secara online.
Contohnya seperti gambar di atas. Kita rangka proses gerak kerja yang berjalan.
Jadi kita perlu merancang dari proses awal hingga proses terakhir bagaimana seorang prospek bertukar menjadi pembeli.
Sales Funnel mempunyai 4 fasa utama iaitu:
- Kesedaran – Kali pertama tengok iklan produk kita, baru sedar produk wujud dan mula tahu mengenai produk tersebut.
- Berminat – Mula rasa tertarik, nak tahu lebih lanjut. Buka web, register dan dapatkan lebih banyak info.
- Kemahuan – Ulang tengok, cari testimoni, cuba dapatkan harga promosi dan bersedia untuk beli.
- Tindakan – Add to cart dan mula buat tempahan.
Biasanya kita akan gunakan formula AIDA iaitu:
- Awareness
- Interest
- Desire
- Action
Cuma ini formula lama, formula baru ditambah satu lagi huruf iaitu L yang bermaksud loyalty – Kesetiaan.
Setiap fasa itu ada teknik dan strateginya yang tersendiri.
Apabila dibuat step by step, jadilah ia lebih kurang begini:
Atau begini…
Amacam? Ok ke atau mula pening?
Jangan risau…
Biar Saya Tunjukkan Cara Mudah Buat Sales Funnel dalam kelas Live
Disebabkan Sales Funnel ni agak complicated dan teknikal untuk dibuat, maka tak ramai orang ajar tentang ilmu Sales Funnel ni.
Tapi anda jangan risau.
Saya akan tunjukkan kepada anda formula yang saya sendiri buat.
Dari cara yang mudah hingga yang advance.
Anda boleh pilih mana yang sesuai dengan anda.
Jom jumpa saya dalam kelas live.
Strategi Membina Sales Funnel
Tarikh: 29 Dis 2022
Masa: 9:00 malam – 11:00
Tempat: Zoom (Online)