Buat Passive Income Dengan Kerja 4 Jam Seminggu!

Ya! Jika anda sanggup luangkan masa 4 jam sahaja seminggu untuk buat kerja secara online di rumah, anda boleh bina berbagai sumber pendapatan pasif.

Biar saya terangkan…

Salam… Saya Wan Muhd Ali

Seorang Usahawan, YouTuber & Digital Nomad.

Bisnes Banyak Tapi Tiada Yang Jana Passive Income

Sekitar 5 tahun lepas, walau lebih 10 tahun berniaga, saya tak dapat jana satu pun pendapatan pasif. Macam-macam saya cuba, buat kelas, produk digital, produk kosmetik jenama sendiri, website ecom, pusat traning, sewa bilik seminar, bisnes home tuition, gerai makanan dalam pasaraya dan lain-lain.

Hasrat dihati adalah untuk bina bisnes yang stabil dan seterusnya jana pendapatan pasif dari bisnes tersebut. Tapi kos bisnes tinggi, banyak bisnes yang belanja lebih tinggi dari pendapatan. Macam mana nak dapat pendapatan pasif ye dak? Kalau anda orang bisnes, pasti anda pun tahu. Kecuali bisnes anda sedang naik dan untung banyak sekarang. Memang tak pandang la pendapatan pasif ni.

.

Titik Perubahan

Dipendekkan cerita, bermula tahun 2018, saya buat pusingan Uturn. Tukar 180 darjah cara berfikir dan tindakan, belajar perkara baru. Tahun 2019 saya mulakan langkah. Setahun selapas itu, iaitu tahun 2020 saya dah berjaya jana pendapatan pasif dari berbagai sumber. Waktu orang lain struggle ketika covid, Alhamdulillah saya jana pendapatan yang agak tinggi tiap-tiap bulan hanya duduk di rumah.

Sehingga kini (2024) hasil kerja yang dibuat pada tahun 2020 itu masih lagi menjana pendapatan pasif untuk saya setiap bulan. Sudah 4-5 tahun berlalu. Kan seronok kalau buat kerja sekali tapi dapat pendapatan berkali-kali selama bertahun-tahun. Inilah namanya pendapatan pasif.

.

Tukar Cara Berfikir & Cara Bekerja

Baik, ramai ingat saya jana pendapatan itu hanya dengan buat konten di YouTube. Ya, itu salah satu caranya. Tetapi adakah orang lain yang buat konten di YouTube dapat jana pendapatan pasif seperti ini? Jawapannya tidak.

Kerana ada cara berfikir yang perlu ditukar, ada struktur yang perlu difahami, ada sistem yang perlu dibina. Inilah yang orang ramai tak faham dan tak nampak. Jika anda faham konsep ini, anda boleh bina pendapatan pasif dari berbagai sumber yang berbeza.

Baru-baru ini saya tengok student saya berjaya buat pendapatan pasif dari berbagai sumber, Alhamdulillah hati rasa gembira. Bila saya ingat balik, dah ramai student-student saya buat pendapatan pasif selepas belajar ilmu ini. Jadi saya rasa terpanggil untuk buat satu seminar khas menerangkan tentang seni membina pendapatan pasif.

Biar lebih ramai orang mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya membuka pandangan mereka tentang cara mudah membina pendapatan pasif.

Apa Yang Akan Anda Belajar?

Apa Itu Pendapatan Pasif & Separa Pasif?

Sebelum bina pendapatan pasif, kita perlulah tahu lebih mendalam apa, bagaimana dan betulkah wujudnya pendapatan pasif? Ada juga yang kata ia hanya mitos. Pendapatan pasif tidak kekal, pendapatan pasif tidak selamat dan macam-macam lagi. Apa pula pendapatan separa pasif? Biar saya terangkan dalam kelas ini!

Mindset Passive Income

Untuk bina pendapatan pasif, langkah pertama adalah perlu tukar mindset dahulu. Saya kenal ramai orang yang ada potensi besar untuk buat pendapatan pasif. Tapi bertahun tahun mereka tak dapat bina satu pun pendapatan pasif. Kerana mindset mereka bukan mindset pendapatan pasif. Maka cara kerja mereka juga tidak ke arah itu. Bila mindset kita berubah, cara kerja kita berubah, cara kita jana pendapatan juga akan berubah.

Passive Income Structure (PIS)

Anda tidak akan jumpa struktur pendapatan pasif ini di mana-mana dalam dunia ni kerana ia adalah ciptaan saya sendiri. Dan inilah kali pertama saya akan dedahkan kepada anda formula membina struktur pendapatan pasif. Terdapat 6 segmen yang perlu dipenuhi untuk menjadikan sebuah sumber pendapatan itu sebagai pasif. Gunakan PIS ini dalam merangka strategi pendapatan pasif anda.

Bagaimana Mencipta Pendapatan Pasif Anda Sendiri?

Dengan menggunakan PIS, kita akan belajar cara simple membina sumber pendapatan pasif. Secara asasnya, pendapatan pasif ini tidak semestinya dari bisnes anda yang sediada. Anda boleh bina dari bisnes baru, bisnes orang lain, atau dari kerja-kerja tambahan yang anda boleh buat sekitar 4 jam sahaja seminggu. Mulakan sekarang dan ia akan jadi pendapatan pasif di masa akan datang.

10 Contoh Strategi Pendapatan Pasif

Sudah tentu 1 cara bina pendapatan pasif itu tidak akan sesuai untuk semua orang. Ada orang yang ada masa tapi tiada duit. Ada orang ada duit tapi tiada masa. Ada yang mahir IT dan ada yang buta IT. Jadi saya senaraikan 10 contoh strategi bina pendapatan pasif yang InsyaAllah semua orang boleh pilih mana yang sesuai untuk mereka. Ada yang budak-budak pun boleh buat, ada yang makcik jual kuih pun boleh buat. Yang penting faham formula PIS.

Ini Bukan Kelas…

Bisnes 

Ya, ini bukan kelas cara buat bisnes, cara uruskan bisnes, cara bina team untuk automasikan bisnes sehingga anda dapat jana pendapatan pasif dari bisnes tersebut. Walaupun itu adalah sebahagian dari ilmu bina pendapatan pasif, tetapi kelas ini lebih dari itu. Tanpa bisnes, tanpa produk dan buat seorang diri pun boleh jana pendapatan pasif.

Pelaburan

Saya juga tidak akan sentuh tentang pelaburan. Samada berkaitan saham, forex, dan sebagainya. Memang benar pelaburan adalah salah satu cara untuk buat pendapatan pasif, tetapi ia tak sesuai untuk semua orang. Kena ada ilmu pelaburan dan juga modal untuk bermula.

Kewangan

Dalam kelas ni tiada ilmu kewangan. Saya tak akan cerita tentang berapa banyak kena simpan duit, di mana nak simpan, di mana nak melabur, kenapa perlu ambil takaful dan sebagainya. Apatah lagi cara nak buat pinjaman bank kemudian beli rumah/kereta buat sewa. Modul ini semua tiada dalam kelas ini.

Emas atau Crypto

Emas dan crypto ini sama juga dengan pelaburan saham. Kita perlukan ilmu teknikal dan analisis untuk membuat untung. Selain itu ada banyak program-program referral untuk buat pelaburan emas dan crypto ni, sebab itu ia agak popular di kalangan masyarat. Ramai yang menjadi ejen dan jana komisen atas pelaburan/pembelian aset tersebut. Kelas ni tiada kaitan dengan emas & crypto.

MLM

Antara bisnes yang paling kuat melaungkan perjuangan ‘pendapatan pasif’ adalah bisnes MLM. Ayat-ayat yang biasa kita dengar antaranya “Sampai bila nak kerja dengan orang”, “Tak nak ke jadi jutawan?”, “Inilah cara kita buat pendapatan pasif!” dan macam-macam lagilah janji manis dalam MLM ni. Tidak semuanya apa yang dikatakan itu salah, memang MLM adalah satu sistem bijak yang boleh bantu ejen mereka jana pendapatan pasif. Namun banyak yang manipulasi sistem dan menggunakan pendekatan yang salah sehingga ia menjadi money game. Jadi sudah tentu kelas ini bukan tentang bisnes MLM!

Apa Hasil Dari Belajar Dari Kelas Ini?

Perubahan Mindset 

Ini paling penting. Nampak simple tapi tindakan kita akan ditentukan oleh bagaimana cara kita berfikir dan buat keputusan. InsyaAllah dalam kelas ini saya berikan anda pencerahan bagaimana untuk mengubah mindset supaya ia dapat bantu anda jana pendapatan pasif.

Idea Bina Passive Income

Ramai yang nak buat duit pasif, tapi tiada idea nak buat apa. Bukan itu saja, biasanya kena ada modal yang besar, kena ada aset yang mahal seperti rumah, kereta, emas dan sebagainya. Ini semua membantutkan proses buat duit pasif bagi yang tiada modal. Jangan risau, selepas kelas ini anda akan dapat banyak idea buat duit pasif tanpa modal besar pun.

Pelan Tindakan

Idea saja tak cukup. Anda perlukan cara kerja yang jelas untuk bertindak. Dalam kelas ini saya akan berikan anda senarai kerja high impact yang anda boleh buat dalam masa 4 jam sahaja seminggu. Jika anda buat secara konsisten, kerja high impact ini akan bantu anda jana pendapatan pasif dari berbagai sumber setiap bulan!

Peluang Belajar Ilmu Baru

Pendapatan kita akan bertambah apabila ilmu kita bertambah. Namun ilmu yang bagaimana akan bantu pendapatan kita naik? Ilmu yang bagaimana boleh berikan anda duit pasif? Selepas kelas ini anda akan nampak lebih jelas dan terang! Barulah anda dapat pilih untuk belajar ilmu-ilmu yang ada pulangan yang tinggi.

Jana Pendapatan Passive

Akhir sekali, tentunya ultimate result yang kita mahu selepas anda join kelas ini adalah untuk jana pendapatan pasif. Saya amat yakin dan pasti, jika anda follow apa yang diterangkan dalam kelas ini, buat tindakan dan konsisten, anda akan dapat jana pendapatan pasif selepas 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun akan datang. Mungkin ada yang rasa 1 tahun itu lama sangat untuk dapat hasil. Tapi percayalah, ia adalah lebih baik dari anda bekerja 10 tahun namun tidak dapat bina 1 pun pendapatan pasif. Saya sudah melaluinya, kini giliran anda pula! Jom!

Join Dulu, Tak Puas Hati, Minta Refund!

Ya, Tak Perlu Risau!

Kalau anda nak tahu, nak belajar, boleh join dulu dan tengok adakah ilmu ini sesuai atau berbaloi untuk anda. Jika anda rasa ia tidak sesuai, buang masa, rugi je bayar, maka anda boleh mintak refund 100%. Anda tak rugi apa pun. Namun syaratnya anda perlu hadir secara live dan join dari awal hingga akhir kelas.

DAFTAR SEKARANG!

SENI MEMBINA PENDAPATAN PASIF (SMPP)

Seni Membina Pendapatan Pasif (SMPP)

  VIDEO RAKAMAN  

Harga Asal:

RM49

Promo:

RM19 Sahaja

Promosi akhir tahun. Harga akan dinaikkan bila-bila masa

Apa Kata Peserta

  VIDEO RAKAMAN  

Harga Asal:

RM49

Promo:

RM19 Sahaja

Promosi akhir tahun. Harga akan dinaikkan bila-bila masa

**DISCLAIMER**

Saya bukan seorang pakar kewangan, pakar bisnes, pakar pemasaran online dan seumpamanya. Apa yang dikongsi dalam kelas SMPP ini adalah berdasarkan pengalaman, pembelajaran dan hasil yang saya dapat. Lain orang, lain hasil dan keputusannya. Saya tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan, kerugian atau kerosakan dari tindakan anda dalam membina bisnes atau buat duit secara online mengikut apa yang saya nyatakan dalam video2 dan kelas saya. Anda harus faham, pelaburan dalam membina bisnes atau buat duit pastinya ada risiko tertentu yang perlu diserap. Ilmu & tip yang dikongsi di sini bukan jaminan kejayaan, tetapi ia salah satu langkah bijak untuk bermula.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
      Calculate Shipping