MAJLIS PELANCARAN PRODUK & TITIAN MUHIBAH MALAYSIA-INDONESIA

Peluang #1 untuk anda pamerkan produk dalam parlimen Indonesia kepada Pemerintah, Sultan, Raja, Pengedar, Media & Influencer Indonesia. Mulakan langkah EXPORT INDONESIA di sini!

DPD RI, JAKARTA | 16 Mei 2024

0Days0Hours0Minutes0Seconds

Hanya 30 Kiosk Disediakan, Book Segera Sebelum Sold Out!

Apa Itu Majlis Pelancaran Produk & Titian Muhibah Malaysia Indonesia?

Tahun 2023, sebuah syarikat kerjasama Malaysia-Indonesia ditubuhkan dengan nama PT Laara Star World. Syarikat ini merupakan syarikat milik bersama antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Antara bisnes yang dijalankan oleh syarikat ini ialah import-export produk. Sehingga kini, 22 produk dari Malaysia sudah berdaftar dengan syarikat ini untuk proses import-export.

Sempena kejayaan menguruskan proses kelulusan membawa produk Malaysia ke Indonesia, majlis pelancaran produk ini diadakan. Namun majlis ini bukan sekadar majlis pelancaran produk, sebaliknya merupakan majlis TANDA SILATURRAHIM antara Pemerintah Indonesia dengan Malaysia.

Kerajaan Malaysia yang dimaksudkan adalah kerajaan Negeri Terengganu. Manakala Pemerintah Indonesia itu ialah Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia.

KEHADIRAN

AA LaNyalla Mahmud Mattalitti
Ketua DPD RI

Majlis ini akan dirasmikan sendiri oleh Ketua DPD RI, AA LaNyalla Mahmud Mattalitti.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu

Majlis ini mendapat persetujuan oleh Menteri Besar Terengganu, bagaimanapun beliau tidak dapat hadir kerana komitmen yang lain. Dengan itu, Menteri Besar bersetuju mewakilkan YB Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi & Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu untuk mewakili beliau.

WAKIL KERAJAAN TERENGGANU

YB Ariffin Deraman
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi & Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu

YB Dr Azman Bin Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu menyambut baik hubungan silaturrahim antara 2 negara ini. YB & Exco turut hadir ke majlis ini dan melihat sendiri peluang-peluang pelaburan dua hala yang boleh dijalinkan bersama.

MATRADE

Suresh Kumar R Palasanthiran
Pengarah Matrade Jakarta

Puan Zaimah Osman
Pengarah Matrade Wilayah Timur

Turut hadir pengarah Matrade Jakarta dan Pengarah Matrade Pantai Timur.

KEHADIRAN DARI KERAJAAN (SULTAN & RAJA)

YAM Adatuang Sidenreng ke XXV , Raja Sidenreng Sulawesi Selatan

YAM Sultan Sepuh Aloeda II , Sultan Kasepuhan Cirebon Jawa Barat

Sultan Syarif Machmud Melvin Alqadrie, Sultan Pontianak, Kalimantan Barat.

Ini adalah sebahagian dari Sultan & Raja Indonesia yang akan datang ke majlis ini. Ramai lagi yang akan hadir cuma kami tidak dapat senaraikan semuanya di sini. Mereka ini merupakan tuan tanah dan tuan rumah di Indonesia. Mereka sendiri berminat untuk menjalinkan kerjasama bisnes dan melihat produk-produk yang dibawa dari Malaysia untuk dipasarkan di Indonesia.

PT LAARA STAR WORLD

YM Dato’ Syarifah Feirouz
Komisaris Utama

Dato’ Wan Muhd Ali
Komisaris

YM Dr Yurisman Star
Direktur Utama

PT Laara Star World adalah syarikat milik bersama Malaysia-Indonesia. Dengan kewujudan syarikat ini akan memudahkan anda untuk export produk ke Indonesia dan menjalankan sebarang urusan perniagaan di sana. Kami mempunyai akses yang besar dengan Pemerintah, Sultan, Raja, Kementerian, Agensi dan Influencer Indonesia.

9 SEBAB ANDA PATUT HADIR!

Unfair Advantage

Bina kelebihan sebelum masuk negara orang. Ini Indonesia, bukan Malaysia. Tak boleh buat bisnes macam biasa, perlu ada kelebihan-kelebihan yang dicipta lebih awal sebelum export produk.

Masuk DPD RI

Ini adalah pejabat besar Pemerintah Indonesia. Jangankan orang luar, rakyat Indonesia biasa pun tak boleh masuk dalam ni. Jadi ini adalah peluang anda untuk menjejakkan kaki ke Gudang DPD RI.

Networking

Ini antara yang paling mahal. Anda akan berjumpa dengan pihak Pemerintah Indonesia, Sultan, Raja, para distributor, Media dan Influencer. Selain itu anda juga dapat bersama dengan syarikat dan usahawan export yang lain.

Bina Jenama

Naikkan Jenama bisnes/produk/syarikat anda lebih awal. Produk atau jenama yang sudah masuk ke dalam pusat pemerintahan Indonesia dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri. Bukan senang sesebuah jenama bisnes memasuki DPD RI.

Pemasaran

Inilah peluang untuk membuat pemasaran produk anda di Indonesia. Present terus produk anda kepada pengedar yang berminat. Mereka akan membuat pilihan produk yang sesuai masuk ke negara mereka.

Social Trust

Dalam bisnes, kepercayaan adalah segala-galanya. Selagi orang tidak percaya dengan produk kita, bisnes kita, idea kita, orang tak akan sudi bekerjasama dengan kita. Di sini anda boleh buktikan dengan siapa anda berjumpa dan di mana produk anda berada.

Peluang Mendapat Pengedar

Bukan senang untuk dapatkan pengedar yang boleh dipercayai. Tapi di sini anda akan berjumpa pengedar dari kalangan orang atasan. Jika tidak berjumpa di sini, anda tak perlu risau, networking kami sangat besar untuk bantu bisnes anda ke depan.

Media Nasional

Di Indonesia terdapat sekitar 160 media nasional. Majlis ini akan dihadiri oleh media-media besar Indonesia. Jadi bisnes anda berpotensi memasuki media Indonesia.

Hasilkan Konten

Sekarang ialah zaman konten, maka ini adalah peluang anda untuk buat live ketika berada dalam DPD RI. Tunjukkan produk anda kepada Pemerintah, bergambar dengan Sultan & Raja Indonesia. Jadikan konten ini sebagai portfolio bisnes anda.

LOKASI MAJLIS

DEWAN PERWAKILAN DAERAH REPUBLIK INDONESIA

Sekretariat Jenderal DPT RI, Jl. Gatot Subroto No.6, RT.1/RW.3, Senayan,
Kecamatan Tanah Abang, Kota Jakarta Pusat,
Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10270, Indonesia

TARIKH:

16 Mei 2024

0Days0Hours0Minutes0Seconds

YURAN PENYERTAAN

Kiosk Personal

RM5000

  • Penyertaan Majlis
  • 1 Kiosk Pameran
  • Printing (Sticker)
  • Akses masuk DPD RI
  • 3 Orang Team
  • Keselamatan
  • 10 Produk

Hanya 10 Kiosk Disediakan

Share Kiosk

RM2500

  • Penyertaan Majlis
  • Kiosk kongsi 2 syarikat
  • Printing (Sticker)
  • Akses masuk DPD RI
  • 2 Orang Team
  • Keselamatan
  • 5 Produk

Hanya 5 Kiosk Disediakan

Pakej Individu

RM1497

  • Penyertaan Majlis
  • 1 Kiosk Pameran
  • Printing (Sticker)
  • Akses masuk DPD RI
  • 3 Orang Team
  • Keselamatan
  • 10 Produk

Terhad 30 Orang Sahaja

*Yuran ini tidak termasuk tiket flight, hotel, makan & lain-lain kos.

CADANGAN HOTEL

Kimaya Slipi Jakarta by Harris

RM170 – RM190/Semalam

Hotel ini adalah cadangan untuk kemudahan berjumpa. Anda bebas memilih hotel lain.

RAKAN NIAGA

TENTATIF MAJLIS

Bantuan/Pertanyaan

0135339575

PT Laara Star World

Menara 165 Lantai 14 E Cilandak Jakarta Selatan, Indonesia

Countless World Sdn.Bhd.

PT3316, Terengganu Halal Park, Kws. Perindustrian Chendering, 21080 K. Terengganu, Malaysia.