Strategi Naikkan Follower FB Anda Secara Organik Sehingga 10,000 Follower Sebulan!

Salam

Saya Wan Muhd Ali.

Pertengahan April yang lepas say buat keputusan untuk tingkatkan follower kepada 100,000 orang untuk tahun 2025 ini. Bermula dengan 22k follower sebelum ini (sudah bertahun follower saya hanya banyak itu), saya berjaya naikkan ke 33k follower dalam masa 2-3 minggu sahaja.

Ini bukan kebetulan atau disebabkan tiba-tiba posting saya viral.

Memang betul ada posting saya yang viral. Tapi ia viral dengan strategi, bukan kebetulan ia viral. Sebab itu saya boleh hasilkan beberapa kali posting viral dalam tempoh itu.

Walaubagaimana pun, posting viral belum tentu akan membantu kita naikkan follower. Mungkin ada sikit peningkatan. Tapi untuk naik ke 10,000 follower dalam masa yang singkat bukan semudah itu dan tidak boleh bergantung kepada viral semata-mata.

Saya tahu formula bagaimana untuk tingkatkan follower di FB kerana saya sudah ada FB Page dengan 140k lebih follower. Saya juga ada channel YouTube dengan 150k subscriber dan di TikTok sudah ada hampir 90k follower walaupun jarang sangat upload video.

Kini saya gunakan formula dan strategi khas untuk naikkan follower di FB Profile.

Alhamdulillah dalam masa 1 bulan sudah berjaya tambah 10,000 follower baru. Ini sesuai dengan sasaran saya iaitu 10,000 follower baru setiap bulan untuk mencapai 100,000 follower pada akhir tahun 2025.

Saya yakin ramai yang nak belajar ilmu ini dan ramai yang akan dapat manfaat jika apply strategi ini.

Maka saya sediakan kelas khas untuk mereka yang berminat!

11,000 Lebih Follower Tak Sampai Sebulan

Lihat gambar di atas, bermula 21 April saya hanya ada 22k lebih follower (ini jumlah terkumpul setelah berbelas tahun guna FB). Kemudian saya buat keputusan untuk tingkatkan follower dengan strategi baru. Selepas 2-3 minggu saya berjaya tambah 11k follower baru. Semua ini tanpa iklan berbayar, tanpa invite orang luar dari FB seperti YouTube atau TikTok saya. Hanya gunakan FB Profile sahaja!

Lebih 10 Juta View Dalam Tempoh 28 Hari!

Sebenarnya 10 juta view itu biasa saja bagi influencer atau FB Page yang dah ada ramai pengikut. Tapi untuk profile FB saya ni, anda boleh tengok bukti dalam gambar. Sebulan sebelum tu Profile FB saya hanya ada sekitar 40k views sahaja. Kemudian saya berjaya buat 10 juta views dalam bulan terkini! Ini satu peningkatan yang drastik dan luar biasa. Mestilah ada strategi rahsia yang saya gunakan. Ia bukan terjadi tanpa sengaja atau kerana ada post saya tiba-tiba viral. Sebaliknya memang post-post itu saya design supaya ia viral. Sebab itu dalam tempoh seminggu banyak post saya yang viral. Bukan 1 – 2 post yang viral secara kebetulan. Dengan strategi ini, anda pun boleh tiru apa yang saya buat!

Kelas Khas Untuk Subscriber FB Profile Saya, Tapi….

Saya nak kongsi ilmu ini khas untuk Subscriber FB Profile saya sahaja. Tapi ada yang mesej bagitau ada masalah untuk subscribe, payment tak lepas dan sebagainya. Ada juga yang tak suka konsep langganan (subscribe) yang kena bayar bulan-bulan. Jadi saya buka tawaran untuk anda join kelas secara one off. Sekali bayar saja untuk 1 kelas. Cuma anda tak boleh join group Subscriber di FB dan update-update akan datang. Anda hanya boleh join kelas secara live dan akses video rakaman dalam website Azadel. Cuma kelebihannya anda tak perlu bayar langganan setiap bulan. Hanya sekali bayar sahaja.

Yuran Kelas

RM59 – Belum mula

RM39 – Belum mula

RM19.90 Sahaja!

Join kelas secara live dan akses video rakaman dalam website Azadel

ATAU…

Jika anda berminat untuk menjadi Subscriber di FB Profile saya (klik di sini), boleh ke FB dan Subscribe di sana. Hanya RM9.90 sebulan (harga akan naik akan datang) dan anda boleh stop langganan bila-bila masa.

Masuk ke FB Profile saya dan klik butang Subscribe. Kemudian checkout dengan bayaran RM9.90 sahaja!

Seni Membina Follower & Bina Pendapatan/Bisnes Dengan FB Profile

Kenapa FB Profile?

FB Profile bersifat ‘individu’ bermaksud anda gunakannya untuk membina hubungan sosial dan Personal Branding. Ia bukan untuk syarikat, brand atau produk. Tapi nama anda sendiri.

Pada era media sosial ini, Personal Brand menjadi sangat berpengaruh sehingga boleh menaikkan dan menjatuhkan sesebuah jenama perniagaan. Kerana itu lahirnya istilah Influencer, TikToker, Instafamous, YouTuber dan sebagainya. Disebabkan pengaruh mereka ini, syarikat-syarikat besar mula menjadikan mereka sebagai duta atau membayar ratusan ribu untuk mempromosikan produk mereka.

10 tahun lepas hanya FB Pages sahaja yang boleh digunakan untuk buat iklan berbayar. Disebabkan itu, FB beri cadangan kepada mereka yang ramai follower untuk convert profile mereka ke FB Pages. Namun ramai yang tidak mahu buat begitu. Masih kekal dengan FB Profile.

Maka FB lancarkan satu fungsi baru di FB Profile iaitu Profesional Mode.

Dengan fungi FB Pro ini, kita boleh buat iklan berbayar di FB Profile dan kita juga boleh buat duit dengan berbagai cara yang disediakan oleh pihak FB.

Apakah maksudnya semua ini?

Maksudnya FB sedang push untuk pengguna FB Profile bina personal branding atau pengaruh dan banyak peluang disediakan untuk kita. Samada untuk buat duit atau buat bisnes tanpa menggunakan FB Pages.

Kenapa Perlu Tingkatkan Follower FB Sehingga 100k?

Secara asasnya follower yang ramai tidak akan berikan kita duit pun. Tapi ada banyak perkara penting kenapa kita perlu bina Follower antaranya:

  • Bina kredibiliti. Bila orang nampak kita ada ramai pengikut, secara automatik mereka rasa kita ni ‘somebody’. Lebih mudah dapat kepercayaan.

  • Mudahkan kerja marketing. Tak perlu bayar iklan mahal-mahal setiap kali nak promote. Kadang buat satu posting pun dah cukup untuk tarik orang beli, sebab follower dah kenal dan percaya.

  • Follower “aset” jangka panjang. Hari ni mungkin mereka sekadar tengok. Tapi 3 bulan, 6 bulan, setahun dari sekarang, bila mereka ready — merekalah yang akan jadi pelanggan.

  • Pelanggan pertama. Nak buat bisnes baru, keluarkan produk baru, tak payah mula dari kosong. Follower yang ada tu boleh jadi first customer, atau bantu sebar dengan percuma.

  • Reach & engagement tinggi. Tujuan kita buat posting atau buat iklan berbayar sekalipun, matlamatnya adalah untuk menghebahkan info kepada orang ramai. Tiada guna posting kalau tiada orang tengok atau hanya 5-6 orang saja nampak. Follower yang ramai akan bantu tingkatkan paparan kepada lebih ramai orang secara percuma.

  • Memudahkan urusan bisnes & menjual. Dengan follower yang ramai, lebih-lebih lagi follower yang supportive, potensi jualan dan kejayaan bisnes lebih tinggi.

Saya letakkan sasaran 100k follower kerana ia adalah jumlah yang munasabah dan mempunyai pengaruh tersendiri. Apabila anda capai 6 angka follower, anda dilihat sebagai seorang macro-Influencer.

Namun sebelum itu anda akan berada pada tahap nano dan micro-influencer terlebih dahulu. Dalam proses inilah kita membina banyak kejayaan dan pencapaian baru. Di sini juga kita membina follower yang setia.

  • Nano-influencers: 1,000 – 10,000 followers
  • Micro-influencers: 10,000 – 100,000 followers
  • Macro-influencers: 100,000 – 1,000,000 followers
  • Mega-influencers: 1,000,000+ followers

Memperkenalkan

FB Follower Magnet

Strategi rahsia bagaimana saya tingkatkan follower FB menggunakan konten dengan bantuan AI dan trik supaya posting dapat boost secara PERCUMA!

Siapa Saya?

Hi, Saya Wan Muhd Ali.

Dah lama saya gunakan FB sejak tahun 2009 lagi. Walaupun dari dulu buat bisnes di FB, tapi tidak bersungguh untuk naikkan follower seperti sekarang. Banyak sebab antaranya:

  • Fokus di FB Pages kerana boleh buat iklan berbayar
  • Reach FB profile tetap rendah walaupun follower ramai
  • Follower ramai bukan boleh buat duit pun
  • Saya fokus di tempat lain (di YouTube saya ada 150k subscriber)
  • Profile saya kena violation flag, tak boleh buat FB Ads dan isu-isu pelanggaran polisi lain

Tapi berbeza dengan sekarang, saya mula aktif di FB untuk naikkan follower sehingga 100k kerana:

  • Ada projek baru yang sedang diusahakan dan saya perlu bina Personal Brand untuk bisnes itu.
  • Di FB Profile sudah boleh buat iklan berbayar
  • FB Profile saya sudah clear dari violation flag dan segala isu pelanggaran polisi
  • Sudah ada FP Pro Mode yang mana kita boleh jana income lebih mudah (bermula April 2025)
  • Bantuan AI memudahkan saya menulis posting & hasilkan gambar
  • Potensi besar di masa akan datang

Ya, sangat banyak peluang yang ada untuk naikkan follower FB dan potensi untuk bisnes.

Jadi sekaranglah masanya untuk bermula kembali dengan FB!