Strategi Naikkan Follower FB Anda Secara Organik Sehingga 10,000 Follower Sebulan!

Salam

Saya Wan Muhd Ali.

Pertengahan April yang lepas say buat keputusan untuk tingkatkan follower kepada 100,000 orang untuk tahun 2025 ini. Bermula dengan 22k follower sebelum ini (sudah bertahun follower saya hanya banyak itu), saya berjaya naikkan ke 33k follower dalam masa 2-3 minggu sahaja.

Ini bukan kebetulan atau disebabkan tiba-tiba posting saya viral.

Memang betul ada posting saya yang viral. Tapi ia viral dengan strategi, bukan kebetulan ia viral. Sebab itu saya boleh hasilkan beberapa kali posting viral dalam tempoh itu.

Walaubagaimana pun, posting viral belum tentu akan membantu kita naikkan follower. Mungkin ada sikit peningkatan. Tapi untuk naik ke 10,000 follower dalam masa yang singkat bukan semudah itu dan tidak boleh bergantung kepada viral semata-mata.

Saya tahu formula bagaimana untuk tingkatkan follower di FB kerana saya sudah ada FB Page dengan 140k lebih follower. Saya juga ada channel YouTube dengan 150k subscriber dan di TikTok sudah ada hampir 90k follower walaupun jarang sangat upload video.

Kini saya gunakan formula dan strategi khas untuk naikkan follower di FB Profile.

Alhamdulillah dalam masa 1 bulan sudah berjaya tambah 10,000 follower baru. Ini sesuai dengan sasaran saya iaitu 10,000 follower baru setiap bulan untuk mencapai 100,000 follower pada akhir tahun 2025.

Saya yakin ramai yang nak belajar ilmu ini dan ramai yang akan dapat manfaat jika apply strategi ini.

Maka saya sediakan kelas khas untuk mereka yang berminat!

11,000 Lebih Follower Tak Sampai Sebulan

Lihat gambar di atas, bermula 21 April saya hanya ada 22k lebih follower (ini jumlah terkumpul setelah berbelas tahun guna FB). Kemudian saya buat keputusan untuk tingkatkan follower dengan strategi baru. Selepas 2-3 minggu saya berjaya tambah 11k follower baru. Semua ini tanpa iklan berbayar, tanpa invite orang luar dari FB seperti YouTube atau TikTok saya. Hanya gunakan FB Profile sahaja!

Lebih 10 Juta View Dalam Tempoh 28 Hari!

Sebenarnya 10 juta view itu biasa saja bagi influencer atau FB Page yang dah ada ramai pengikut. Tapi untuk profile FB saya ni, anda boleh tengok bukti dalam gambar. Sebulan sebelum tu Profile FB saya hanya ada sekitar 40k views sahaja. Kemudian saya berjaya buat 10 juta views dalam bulan terkini! Ini satu peningkatan yang drastik dan luar biasa. Mestilah ada strategi rahsia yang saya gunakan. Ia bukan terjadi tanpa sengaja atau kerana ada post saya tiba-tiba viral. Sebaliknya memang post-post itu saya design supaya ia viral. Sebab itu dalam tempoh seminggu banyak post saya yang viral. Bukan 1 – 2 post yang viral secara kebetulan. Dengan strategi ini, anda pun boleh tiru apa yang saya buat!

Kelas Khas Untuk Subscriber FB Profile Saya, Tapi….

Saya nak kongsi ilmu ini khas untuk Subscriber FB Profile saya sahaja. Tapi ada yang mesej bagitau ada masalah untuk subscribe, payment tak lepas dan sebagainya. Ada juga yang tak suka konsep langganan (subscribe) yang kena bayar bulan-bulan. Jadi saya buka tawaran untuk anda join kelas secara one off. Sekali bayar saja untuk 1 kelas. Cuma anda tak boleh join group Subscriber di FB dan update-update akan datang. Anda hanya boleh join kelas secara live dan akses video rakaman dalam website Azadel. Cuma kelebihannya anda tak perlu bayar langganan setiap bulan. Hanya sekali bayar sahaja.

Yuran Kelas

RM59 – Belum mula

RM39 – Belum mula

RM19.90 Sahaja!

Join kelas secara live dan akses video rakaman dalam website Azadel

ATAU…

Jika anda berminat untuk menjadi Subscriber di FB Profile saya (klik di sini), boleh ke FB dan Subscribe di sana. Hanya RM9.90 sebulan (harga akan naik akan datang) dan anda boleh stop langganan bila-bila masa.

Masuk ke FB Profile saya dan klik butang Subscribe. Kemudian checkout dengan bayaran RM9.90 sahaja!