FAST TRACK AL-QURAN 24 JAM : IQRA’ PRO PLUS
Satu inovasi dalam pengajian asas Al-Quran yang mudah dan cepat dengan menggunakan pendekatan yang interaktif. Formula inovasi ini mudah kerana pengejaan perkataan-perkataan Arab kepada @ dengan tulisan rumi yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam di Asia Tenggara ini. Dengan penekanan melalui 6 langkah utama yang diterapkan dalam formula ini, dibantu dengan aplikasi 6 kemahiran diri, seseorang dapat membaca Al-Quran.
Apa keunikan dan kekuatan IQRA’ PRO PLUS?
IQRA’ PRO PLUS mempunyai keunikan dari segi susunan silibus pembelajaran yang teratur. Ia digubal berdasarkan kajian dan pengalaman mengajar oleh pengasas. Dimulai dengan memperkenalkan 6 kemahiran (garapan) dan 6 elemental yang mesti dikuasai bagi membantu mempercepatkan proses pembelajaran.
Kekuatan IQRA’ PRO PLUS ialah memperkenalkan tatacara bertatih dalam bacaan. Tatacara bertatih dalam bacaan Al-Quran ini belum pernah diperkenal dalam mana-mana pembelajar Al-Quran sebelum ini. Tatacara ini adalah penting dan sangat membantu orang yang baru membaca Al-Quran dengan lebih sistematik dan teratur kefasihannya.
Ini merupakan satu inovasi baru dalam tatacara pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan sangat sesuai digunakan pada masa sekarang kerana tatacara pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah secara aktif. Secara tidak langsung ia menjadikan para pelajar formula ini tidak bosan, menarik dan berkesan.
Apa yang anda akan dapat?
1. PERCUMA 5 Quliyah Klinik Al-Fatihah untuk perbaiki bacaan Al-Fatihah anda:
– Perbetulkan Sebutan Huruf
– Fahami Tajwid Al-Fatihah
– Rentak dan Lagu Al-Fatihah
– Tadabbur Al-Fatihah
– Cara Bacaan Rasulullah SAW.
2. PERCUMA buku Iqra Pro Plus yang berharga RM75.00.
3. Tayangkan gambar buku Iqra Pro Plus.
4. 35 sesi Quliyah.
Penerapan 6 Kemahiran:
- Melihat
- Mendengar
- Imaginasi
- Gerakan
- Menulis
- Membaca
Penguasaan 6 Elemen:
- Kenal
- Gabung
- Campur
- I.A.
- Tap N Go
- Tahqiq (Takteh)
Bonus:
Sifir Tajwid : Pelajari hukum-hukum Tajwid yang sangat ringkas dan mudah difahami melalui tanda bacaan (kenal tanda, tahu baca) yang digunakan dalam penulisan mushaf Rasm Uthmani.
Golongan Sasar:
Untuk mereka yang ‘ZERO’ Al-Quran:
- Kanak-kanak bermula umur 6 tahun
- Remaja sekolah
- Pelajar IPT
- Dewasa (berkerja/pesara)