Alhamdulillah… Pada bulan awal bulan Ogos 2021, Tuan Wan Muhd Ali telah berkongsi tentang blueprint program My Freedom Project kepada ahli VIP Azadel.

Walau bagaimanapun, kelas separuh hari itu tidak cukup untuk habiskan keseluruhan ilmu tentang My Freedom Project.

Oleh itu kelas My Freedom Project akan bersambung pada bulan September nanti.

Berikut adalah maklumat & tarikh program. Sila rujuk poster di bawah:

Terima kasih.

Admin Azadel.

Setelah 4 bulan berada dipasaran, kini Azadel akan melangkah ke depan lagi dengan melancarkan Azademy.

Azademy ialah satu kategori bisnes baru dalam Azadel iaitu dalam bidang latihan, konsultansi & pendidikan.

Azademy menawarkan kelas-kelas online dalam bidang:

  • Kemahiran
  • Perniagaan
  • Kesihatan (fitness)
  • Pendidikan atas talian (tuisyen)
  • Dan berbagai program dari jurulatih yang berpengalaman

Dengan situasi pendemik yang melanda negara saat ini, pembelajaran online amat diperlukan bagi meningkatkan ilmu dalam berbagai bidang di kalangan masyarakat.

Justeru itu, pelancaran Azademy ini amat sesuai dengan keperluan negara saat ini.

Azademy akan menjadi patform pembelajaran online yang akan memberikan manfaat kepada berbagai lapisan masyarakat dari peringkat sekolah rendah sehingga mereka yang sudah bekerja.

Kepada para Affiliate Azadel, anda akan mendapat cashback untuk setiap kelas yang anda sertai dan menerima komisen atas setiap jualan yang berjaya dihasilkan.

Nantikan pelancaran Azademy pada September 2021 nanti.

Admin Azadel.