Boleh Ke Jual Produk Azadel Di Shopee, Lazada, Ebay Dll?

Jawapan ringkasnya adalah, tak boleh.

Azadel menggunakan konsep Affiliate, ia berbeza dengan dropship.

Jika menjadi dropship, anda perlu menjual sendiri produk tersebut walaupun tak pegang stok produk. Pelanggan perlu bayar kepada anda, bukan bayar supplier. Selepas menerima bayaran dari pelanggan, anda akan membeli produk dari supplier, kemudian supplier akan pos kepada pelanggan.

Konsep affiliate pula terbalik. Anda tidak jual produk tersebut. Anda tak terima bayaran daripada pelanggan. Anda hanya kongsikan link untuk mereka membeli produk sahaja. Pelanggan akan membeli terus dalam website dan bayar kepada pihak syarikat. Sistem akan merekod komisen anda hasil dari jualan tersebut kerana anda yang share link itu kepada pelanggan.

Maka dengan konsep ini, anda tidak boleh ambil produk-produk itu untuk menjual di Shopee, Lazada dan sebagainya. Sebaliknya hanya kongsi link halaman jualan produk dan pelanggan perlu membeli dalam website tersebut.

Ini penting untuk pastikan sistem berfungsi.

Dalam sistem affiliate, anda akan rugi jika jual sendiri. Ini kerana anda perlu buat banyak kerja dan tidak dapat jana pendapatan pasif. 

Jika pelanggan membeli di website dari link affiliate anda, mereka akan masuk ke dalam database kami. Dengan itu kami dapat follow-up mereka dari masa ke semasa. Dengan sistem follow-up itu, pelanggan tersebut akan membeli dan terus membeli. Di sinilah anda untung. Kerana setiap kali pelanggan itu membeli, anda akan dapat komisen automatik. Komisen ini dibayar lifetime atau selama 100 tahun selagi pelanggan itu membeli. Di sinilah anda dapat jana pendapatan pasif.

Namun jika anda jual sendiri, maka anda akan terlepas peluang ini. Kerana itu kami tidak benarkan affiliate jual sendiri produk di mana-mana tempat lain kecuali share link produk dan biarkan jualan itu berlaku di website Azadel.

Bagaimanapun, dalam Azadel terdapat beberapa vendor yang mana produk mereka sememangnya sudah berada di pasaran. Itu adalah hak mereka sendiri untuk jual produk di luar kerana mereka adalah seorang vendor yang membekalkan produk kepada Azadel. Bukan sekadar affiliate.

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply