Kenapa Azadel Berbeza?

Kami percaya perubahan & keunikan yang dibawakan oleh Azadel akan memberikan manfaat yang besar kepada orang ramai. Azadel dibina dengan matlamat untuk ‘menjayakan’ para pengguna. Justeru itu kami membina 6 teras utama untuk merealisasikan matlamat ini.

Company

Sebagai penggerak utama bisnes Azadel, syarikat menjadi tunjung utama perkembangan bisnes ini. Meskipun begitu, kami tidak bermula dengan pelaburan yang besar, dana kerajaan, angle investor atau bernaung di bawah mana-mana agensi untuk membangunkan syarikat ini. Sebaliknya kami bermula sebagai sebuah start-up seperti prinsip asas bisnes Azadel iaitu dari Affiliate untuk Affiliate. Sebagaimana anda bermula, begitulah kami bermula.

Commissions

Pelan pembahagian komisen Azadel adalah unik dan tersendiri. Ia dibina dengan menitikberatkan pendapatan pengguna. Beli dapat cashback, jual dapat komisen, bina kumpulan, dapat tier bonus. Perbelanjaan ahli atau kumpulan dalam rangkaian affiliate tersebut akan kekal di bawahnya sepanjang hayat.

Marketing

Strategi pemasaran Azadel menggunakan platform e-dagang serta fungsi-fungsi automasi pemasaran yang tersedia. Dengan sistem follow-up, funnel, content marketing, produk yang berkualiti, kelas & bengkel secara online, para Affiliate akan mendapat impak kejayaan yang besar walau tidak pandai marketing itu sendiri.

Training & Coaching

Dalam Azadel kami amat menekankan latihan & kemahiran dalam menjayakan bisnes ini. Para Affiliate akan dibimbing secara langsung dari mereka yang dilantik sebagai jurulatih. Affiliate juga dilatih oleh Affiliate lain yang sudah berjaya untuk berkongsi strategi & pengalaman. Semua ini disediakan secara percuma.

Product

Setiap produk yang dikeluarkan dalam Azadel akan melalui proses penilaian kualiti standard. Hanya produk yang berkualiti, bermanfaat, mudah dijual, mempunyai kadar pembelian ulangan yang tinggi, tiada bahan berbahaya & mempunyai permintaan sahaja yang akan dimasukkan dalam laman web Azadel.

Support System

Azadel menggunakan sistem sokongan dalam berbagai bentuk aktiviti yang memudahkan Affiliate. Dari pendaftaran, pembayaran, pembinaan rangkaian, pemasaran, follow-up, khidmat pelanggan, kelas, bengkel dan berbagai sistem automasi & digital yang memudahkan Affiliate dalam menjalankan bisnes ini. Ia akan membantu Affiliate untuk bukan sekadar berjaya, tetapi menjana pendapatan pasif.

Kelebihan, peluang & info program Affiliate Azadel.

Tiada modal

Ya. Sebaik saja menjadi affiliate, anda boleh terus membuat pemasaran & jana pendapatan atas setiap jualan. Tidak perlu beli barang, tidak perlu naik taraf atau bayar sebarang yuran keahlian. Anda sudah boleh jana pendapatan jika ada produk terjual dari referral anda. Anda juga akan mendapat cashback jika membeli sendiri.

Tidak menjual atau rekrut, hanya berkongsi

Anda tidak dibenarkan menjual produk Azadel, sebaliknya anda hanya boleh membuat pengiklanan & pemasaran. Urusan jual beli, pembayaran & penghantaran produk hanya boleh diuruskan oleh pihak syarikat sahaja.

Komisen sehingga 20%

Sebaik saja menjadi affiliate, anda terus layak mendapat cashback dan komisen sehingga 20%.

Tidak perlu maintain

Anda tidak perlu maintain pembelian atau jualan tertentu untuk mendapat komisen bulanan. Cukup jumlah RM20, anda sudah boleh mendapat bayaran komisen terus ke akaun bank anda.

Lifetime komisyen

Bermaksud anda akan mendapat komisen selama-lamanya apabila pelanggan yang membeli dari anda membuat pembelian lagi di masa akan datang. Setiap kali mereka membeli, anda akan dapat komisen tanpa perlu buat sebarang kerja tambahan. Namun fungsi ini hanya akan aktif apabila anda menjadi Affiliate Plus.

Cashback Pembelian Sendiri

Apabila menjadi affiliate, anda bukan sahaja dapat jana komisen dari jualan yang berlaku, sebaliknya anda juga dapat cashback dari pembelian anda sendiri dengan jumlah yang sama seperti komisen yang anda dapat iaitu antara 5% – 20%.

Latihan Percuma

Sebagai Affiliate, anda dapat belajar secara percuma dari sesi latihan online/offline yang disediakan oleh pihak syarikat & para leader Affiliate yang mahir dalam bidang pemasaran online. Latihan disediakan setiap minggu secara live. Kami juga sediakan video tutorial yang anda boleh belajar bila-bila masa.

Bonus Prestasi

Dengan prestasi anda menjana komisen yang tinggi, kami akan naikkan bonus anda ke tahap yang lebih tinggi secara automatik. Tidak perlu latih downline naik pangkat atau rekrut seramai mungkin downline, cukup dengan hanya capai jumlah komisen tertentu untuk dapat bonus kenaikkan pangkat. Sila rujuk carta pangkat Affliate untuk maklumat lanjut.

Pendapatan Pasif

Anda berpeluang menjana pendapatan pasif seumur hidup selagi jualan berlaku dalam kedai Azadel anda. Bermaksud anda akan sentiasa mendapat komisen walau tidak membuat sebarang pembelian, tiada bawa masuk ahli baru, tidak aktif membuat sebarang training & sebagainya asalkan terdapat jualan yang berlaku dalam kedai Azadel anda.