Azadel Income Disclosure Statement

  1. Komisen hanya dibayar berdasarkan jualan. Kami tidak bayar komisen melalui pendaftaran ahli baru. Namun kami berikan RM0.10 sebagai hadiah atas usaha Affiliate membawa masuk ahli secara percuma tidak kira mereka daftar sabagai ahli biasa atau affliate. Bayaran RM0.10 itu adalah dari kos marketing kami, bukan dari bayaran pendaftaran ahli baru.
  2. Para Affiliate menetapkan jadual kerja mereka sendiri, mereka tidak terikat dengan jadual kerja syarikat dan syarikat juga tidak bertangungjawab membayar gaji atau elaun tertentu kepada affiliate. Tiada jaminan pendapatan tetap oleh dari pihak syarikat, komisen dibayar atas jualan yang dilakukan oleh affiliate & rangkaian mereka sahaja.
  3. Setiap pembelian dijamin dengan pulangan wang 100% dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan produk. Jika barang itu rosak, tamat tempoh ketika dihantar & lain-lain perkara yang munasabah, pelanggan boleh minta pulangan wang.
  4. Komisen dibayar kepada Affiliate untuk jualan yang berjaya sahaja. Jika pelanggan meminta pulangan wang, maka komisen atas jualan tersebut juga akan ditarik balik.
  5. Affiliate tidak perlu & tidak dibenarkan membeli produk untuk membuat stok atau simpanan bagi menjual sendiri produk tersebut. Affiliate hanya dibenarkan membuat pengiklanan & pemasaran produk. Proses jual beli produk dengan pelanggan mestikan dilakukan dalam website Azadel sahaja.

Earnings Disclaimer:

Tiada jaminan pendapatan yang diberikan dalam program Affiliate Azadel. Ada yang berjaya menjana pendapatan dan ada yang tidak. Seperti bisnes yang lain, pendapatan Affiliate bergantung sepenuhnya kepada jualan produk atas usaha sendiri menjalankan aktiviti pemasaran & pengiklanan. Kami tidak memberikan sebarang contoh anggaran pendapatan oleh para Affiliate mengikut rank, jika ada, ia bukan dari kami.

Komisen yang lebih tinggi diberikan kepada Affiliate yang naik rank adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam jualan. Kelebihan itu diberikan sebagai bonus & penghargaan kami kepada Affiliate yang berjaya membawa keuntungan yang tinggi dalam syarikat dengan menaikkan jumlah peratus komisen dari rangkaian mereka.

Penafian pendapatan ini dibuat untuk menunjukkan komitmen kami dalam menjalankan bisnes yang betul, bukan sebuah program pelaburan wang, program buat duit dengan skim cepat kaya, money game & sebagainya. Kami akan memastikan bisnes kami menepati udang-undang dan syariah. Sebarang perubahan mungkin dilakukan seandaikan terdapat mana-mana sistem yang digunakan melanggar undang-undang & syariah.

Sistem Pembahagian Komisen Mengikut Rank

Kami telah menetapkan sistem pembahagian komisen seperti yang dinyatakan dalam bahagian info Affiliate. Bagaimanapun pihak syarikat berhak menukar sistem tersebut bila-bila masa dengan memberikan notis awal 30 hari sebelum perubahan dilakukan. Perubahan yang dilakukan jika ada, adalah untuk kebaikan bersama antara pihak syarikat, Affiliate dan juga para pelanggan.

Minima & Maksima Bayaran Komisen

Bayaran minima komisen kepada Affiliate adalah RM50. Selagi tidak cukup RM50, syarikat tidak akan membuat bayaran kepada Affiliate tersebut.

Jumlah komisen maksima yang dibenarkan untuk Affiliate adalah RM1 juta sebulan.

Pengakuan & Persetujuan

Dengan menjadi Affiliate Azadel, anda mengesahkan bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma & syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat.